Header Ads

Awas, Bahaya Merokok Selepas Berbuka Puasa - Boleh Tingkatkan Risiko Serangan Jantung Hingga Membawa Maut

Ketika berpuasa, hampir 14 jam kita menahan diri dari minum atau makan termasuklah merokok. Bagi perokok, waktu ini adalah waktu terbaik untuk anda melatih diri meninggalkan tabiat tersebut. Apabila tubuh terhindar daripada kepulan asap rokok selama satu hari, aliran darah dan paru-paru pastinya berada dalam keadaan baik.

Tapi sayangnya, tidak semua perokok rela untuk berhenti. Mereka sekadar menahan nafsu merokok ketika berpuasa. Tanyalah mana-mana perokok tegar, sewaktu berbuka rokok menjadi satu perkara yang ditunggu-tunggu dalam sehari.

Tapi sedarkah anda, bahaya merokok selepas berbuka puasa jauh lebih teruk dari hari biasa? Satu kejutan yang dasyat akan berlaku pada tubuh dan akan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke berlipat kali ganda ! Ikuti perkongsian daripada  Public Health Malaysia ini. Bagi perokok, anda mampu mengubahnya.

[ALERT] Merokok Selepas Berbuka Puasa?

Allahu Akbar Allahhu Akbar. “sekarang telah masuk waktu Maghrib bagi Wilayah Persekutuan & kawasan yang sewaktu dengannya..”

Sebaik sahaja azan berkumandang, Othman dengan pantas mencapai kotak rokok yang sentiasa tersemat di kocek bajunya. Api rokok di hidupkan. Othman menyedut asap beracun itu sedalam dalamnya.

Kurang dari 10 saat, bahan kimia yang dikenali sebagi nikotin mula bertindak. Dopamin di bebaskan melegakan rasa gian yang telah di tahan selama 12 jam beliau berpuasa.

Tiba tiba dadanya berasa sakit bagaikan di himpit, segala galanya begitu pantas... Adakah ini merupakan Ramadhan terakhir buat Othman?

1) Merokok sebaik sahaja berbuka puasa menyebabkan satu kejutan yang maha dasyat kepada tubuh. Manakan tidak, selepas berpuasa selama 12 jam, tubuh badan memerlukan air, glukosa (gula) dan oksigen untuk menghasilkan tenaga.

2) Kesan asap rokok yang masuk ke dalam tubuh individu selepas berpuasa menyebabkan saluran darah mengecut dan menganggu saliran oksigen di dalam salur darah.

3) Asap rokok juga menyebabkan darah menjadi lebih pekat, meningkatkan tekanan darah dan menganggu degupan jantung.

4) Situasi ini menyebabkan risiko serangan jantung dan stroke meningkat berkali ganda!

5) Berpuasa telah terbukti mampu memberi pelbagai kesan positif kepada fisiologi dan metabolisma tubuh.

6) Mengapa sia siakan usaha berpuasa sepanjang hari dengan mengambil sesuatu yang menjahanamkan tubuh?

7) Bulan Ramadhan merupakan antara tempoh terbaik untuk berhenti merokok. Kunjungi Klinik Berhenti Merokok untuk bantuan dan sokongan.

Siakapkeli.my

from Siakap Keli News http://bit.ly/2H6FRBU
sumber : siakapkeli

No comments