Detik bersejarah buat rakyat, Anwar Ibrahim dibebaskan hari ini
Hari ini merupakan detik bersejarah bagi rakyat Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan selepas mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Beliau dikeluarkan jam 11.30 pagi tadi.
Proses pembebasan Ketua Umum PKR itu dilakukan di Hospital Rehabilitasi Cheras tanpa perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh. Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin juga telah mengesahkan bahawa Anwar telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara jam 12 tengah hari tadi.

Anwar dan isteri tercinta.
Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tersenyum dan melambai orang ramai yang memenuhi pekarangan hospital sebelum ke Istana Negara.

Anwar akan solat tarawih malam ini.
Anwar yang berusia 71 tahun itu akan bersolat tarawih di kediaman beliau di Bukit Segambut, Kuala Lumpur malam ini.

Sesak di perkarangan hospital.

Pada tahun 2015, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar berhubung kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi.
Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun. Walau bagaimanapun, pada Jumaat lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menyatakan kesediaan baginda untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar.
Sumber : mStar Online
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment