Header Ads

Mahu bantu kerajaan, ini antara selebriti yang menderma untuk Tabung Harapan Malaysia

Tabung Harapan Malaysia (THM) yang diwujudkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan negara telah mendapat sambutan positif daripada rakyat.
Ini termasuk golongan artis dan selebriti yang tidak ketinggalan bagi menghulurkan sumbangan mereka untuk memulihkan keadaan ekonomi negara.
Penyanyi Alif Satar dan Hafiz Hamidun telah memuat naik gambar resit dengan wang diderma yang tidak diketahui jumlahnya menerusi Instastory mereka.
Selain itu, penyanyi Nourul Wahab juga turut melakukan perkara yang sama demi wujud ke­sedaran dalam kala­ngan rakyat Malaysia untuk membantu ke­rajaan.
“Demi negara yang tercinta. Saya sudah. Yang lain? walaupun sekupang (10 sen), bantu juga (perumpamaan),” tulis Nourul menerusi ruangan kapsyen.
Pelakon Fathia Latiff yang merupakan penyokong Tun M juga antara yang memberi sokongan dan sumbangan terhadap penubuhan tabung tersebut.
Terdahulu, Tun M berkata terdapat ramai rakyat Malaysia yang sanggup menderma kepada kerajaan selepas mengetahui kedudukan kewangan negara dan kerajaan mengalu-alukan sikap patriotik mereka.
sumber : ohmymedia.cc

No comments