Header Ads

“Saya Sudah Bertunanglah…” – Hafiz Bahari Jawab Spekulasi Tengah Hangat Bercinta Dengan Amelina!

Selepas penyanyi dangdut, Amelina menepis dakwaan yang kononnya dia sedang menjalin hubungan dengan lelaki lebih muda daripanya baru-baru ini, pelakon yang dimaksudkan, Hafiz Bahari tampil memberikan penjelasan mengenai status hubungan mereka berdua.

Katanya, dia tidak terkejut apabila ramai yang mula mempersoalkan hubungan di antara mereka kerana sebelum ini, pelakon Villa Ghazara itu akan tertutup dalam berkongsi cerita peribadi.

Terdahulu, ia mulai hangat diperkatakan apabila penyanyi tersebut memuat naik gambarnya bersama Hafiz beberapa hari lalu menerusi Instagram dengan kapsyen ‘mengundang’ sehingga menimbulkan pertanyaan di kalangan peminat.

“Saya sudah bertunanglah. Memang ramai yang tidak tahu sebab yang tahu pun hanyalah ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Jadi bila timbul cerita yang mengatakan kami sepertinya sedang bercinta saya beri penjelasan dan ramai yang terkejut saya sudah pun bertunang sejak 25 Ogos tahun lalu.

“Nak dikatakan selesa bila hal tersebut diperkatakan, memanglah kurang selesa. Cumanya bila sudah masuk industri, bagi saya ia suatu yang lumrah apabila dikaitkan dengan cerita sensasi. Malah, saya sendiri kena jelaskan situasi sebenar kepada keluarga dan tunang,” katanya yang bakal berkahwin genap setahun selepas bertunang. 

Ditanya apakah impak yang diterima apabila kisah tersebut menjadi bualan segelintir netizen yang agak skeptikal apabila lelaki muda bercinta dengan wanita berusia, pelakon berusia 28 tahun ini tidak menolak situasi tersebut adalah sesuatu yang normal.

“Bagi saya ia normal. Malah saya sendiri memang tertarik dengan wanita yang lebih berusia daripada saya kerana mereka lebih matang. Cuma kesannya saya boleh nampak pengikut di Instagram kian bertambah dan yang lucunya, ada juga yang ‘dm’ berikan doa-doa mengekalkan kebahagiaan hubungan,” kongsinya.

Mengulas reaksi tunangnya pula, Hafiz menjelaskan mereka sudah saling mengenali sejak sembilan tahun lalu dan masing-masing sudah tahu sisi sebenar pasangan.

“Saya dah kenal tunang sejak sembilan tahun lalu. Jadi asalkan kami tahu siapa diri masing-masing, itu sudah memadai. Kena pandai jaga batas dan pergaulan,” akui Hafiz sambil dipersetujui Amelina.

Kata penyanyi Asyik itu, kerana mengetahui status Hafizlah dia rasa terhibur apabila ramai pula yang mendoakan memandangkan mereka hanyalah berkawan seperti mana rakan industri lainnya.

“Saya tahu statusnya itu dan sebab itulah kami tergelak. Rasa terkejut juga sebab netizen mendoakan sepertinya ia adalah suatu hubungan yang betul-bertul berlaku, padahal kami ni berkawan sahaja.

“Apa pun, memang saya ada tulis ‘doakan yang baik-baik’ sebab harap peminat doakan apa yang bersesuaian untuk saya. Berkawan sajalah, Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.,” akuinya ketika ditemui MH. 

The post “Saya Sudah Bertunanglah…” – Hafiz Bahari Jawab Spekulasi Tengah Hangat Bercinta Dengan Amelina! appeared first on Media Hiburan.

sumber Media Hiburan https://ift.tt/2J3ZjkC

No comments