Selamatkan kucing jalanan, wanita ini kongsikan kisah inspirasi
Menurut kajian, membela haiwan peliharaan seperti kucing dapat membantu untuk mengurangkan stress. Akan tetapi, memandangkan tugas sebagai seorang pemilik haiwan bukannya mudah, ramai yang mengambil keputusan untuk membuang haiwan peliharaan mereka itu ke tempat-tempat awam seperti pasar dan kedai-kedai makan.

Perbuatan mereka ini secara tidak langsung akan membuatkan bilangan kucing liar bertambah daripada semasa ke semasa.

Memandangkan betapa seriusnya isu ini, Celcom baru-baru ini telah melancarkan sebuah kempen #ICANCARE yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran di kalangan rakyat Malaysia, khususnya pemilik haiwan supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih sempurna.
Menggunakan slogan “Awesome video experience. Everywhere.”, kempen ini dilihat bakal memberi impak yang besar dan positif kepada masyarakat internet secara amnya serta seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi kempen tersebut, Celcom telah menerbitkan sebuah filem pendek yang mendapat perhatian netizen serta capaian perkongsian yang tinggi dalam kalangan pengguna media sosial yang lain.
Ia bertujuan memberi kesedaran kepada pemilik haiwan mengenai keperluan mengurangkan atau menghapuskan sama sekali kelahiran anak kucing yang tidak diingini.

Selain daripada kosnya yang mahal, ramai pemilik haiwan yang enggan untuk berbuat demikian kerana mengganggap perbuatan memandulkan haiwan peliharan mereka itu adalah kejam dan tidak berperikemanusian.
Tetapi, ramai yang tidak menyedari ia boleh mengelakkan kehamilan tidak terancang dan pembuangan kucing serta anjing di jalanan atau menyerahkannya ke pusat perlindungan haiwan yang sudahpun cukup sesak.

Seperti kisah yang dipamerkan, wanita tersebut mempunyai masalah kewangan di mana terdapat banyak kos yang perlu ditanggung menyebabkan keterbatasan dirinya untuk menyelamatkan sebanyak mungkin hidupan liar di luar sana.

Namun, dengan dorongan semangat kecekalan yang ada, beliau mengambil inisiatif dengan mengumpul dan mendapatkan dana melalui bantuan orang ramai di internet. Ianya membuahkan hasil apabila ramai yang mula menyedari tentang kegiatan yang dilakukannya selama ini dan berjaya mengumpulkan dana yang tinggi.

Jelas di sini seperti yang tertera dari video tersebut membuktikan sesuatu usaha yang baik sering mendapat sokongan orang tidak kiralah apa pun ia terutamanya penjagaan kesihatan terhadap haiwan peliharaan mahupun liar. Ini amat penting kepada haiwan agar mereka rasa dihargai dan dimanjakan dengan sepenuh jiwa.
Cara terbaik untuk memanjakan haiwan tersebut adalah dengan cara memberi makanan yang secukupnya, memandikan mereka dan memberi belaian manja kepada mereka agar sentiasa rasa disayangi dan dihargai.

Oleh kerana tahap kebersihan dan penjagaan kesihatan yang terjaga rapi, seterusnya membolehkan masyarakat mengambil haiwan tersebut untuk memelihara kucing yang comel dan jinak itu. Sekali gus, haiwan tersebut akan berasa disayangi dan dihargai.
Berdasarkan video tersebut juga, marilah sama-sama kita mengambil iktibar tentang penjagaan memeliharan kucing agar mereka sentiasa rasa disayangi. Jom hayati video penuh inspirasi oleh Celcom yang lain di sini.
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment