Header Ads

Susulan Tular Video Basuh Pinggan Dengan Air Lopak, DBKL Arah Raj's Banana Leaf Ditutup

Sejak semalam tular satu video yang dipercayai dirakam di sebuah restoran popular di ibu kota, Raj's Banana Leaf yang menunjukkan sekumpulan pekerja membasuh pinggan dan mangkuk menggunakan air lopak di atsa jalan.

Hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan pihak pengurusan restoran tersebut agar menghentikan operasi berkuat kusa serta merta bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan.

Berdasarkan laporan beberapa media tempatan, DBKL melalui Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran, Dr. Chandrakant Patel memaklumkan siasatn awal mendapati pekerja-pekerja restoran tersebut bertindak sedemikian disebabkan ruang membasuh yang disediakan oleh pihak pengurusan terhad.

Beliau turut menambah bahawa DBKL akan menjalankan pemeriksaan kebersihan penuh di restoran tersebut sebelum menghubungi pihak pengurusan Raj's Banana Leaf untuk tindakan lanjut.

Semalam, Raj's Banana Leaf melalui akaun rasmi Facebooknya telah memuat naik satu permohonan maaf dengan mengakui bahawa kejadian tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.

Melalui kenyataan yang sama, mereka mendakwa bahawa perbuatan membasuh pinggan mangkuk menggunakan air lopak itu dilakukan oleh staf yang baru sahaja diambil bekerja dengan Raj's Banana Leaf.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan restoran tersebut menegaskan bahawa sebelum ini Raj's Banana Leaf konsisten melepasi pemeriksaan kebersihan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

''Kami akan terus memantau aktiviti di dapur kami dengan serius dan aktif, memandang soal kebersihan adalah perkara paling utama,'' kata kenyataan itu.

Sumber : BERNAMA

from Siakap Keli News http://bit.ly/2LKkpGp
sumber : siakapkeli

No comments