Header Ads

SYABAS!!! Ketua Polis Negara Sendiri Datang Siasat dan Berjaya Ambil Dokumen Kes Berprofil Tinggi di Pejabat Peguam Negara

Sepasukan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir ke Pejabat Peguam Negara di Putrajaya dekat sini hari ini bagi mengambil beberapa dokumen berkaitan kes berprofil tinggi yang disiasat agensi tersebut.

Menurut sumber, pasukan penyiasat tersebut turut disertai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun diiringi Peguam cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek.
"Mereka dilihat membawa beberapa beg dipercayai mempunyai dokumen siasatan kes berprofil tinggi namun tidak disebut apakah kes yang akan disiasat oleh pihak polis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa beliau telah bercuti tanpa rekod selama 30 hari sehingga 14 Jun ini.-
Katanya, mereka tiba di pejabat tersebut kira-kira pukul 5.30 petang dan keluar dari pejabat itu sejam kemudian.

UTUSAN ONLINE

No comments