Header Ads

TAHNIAH!! Anak Bekas Penagih Dadah Ini Berjaya Cipta Sejarah di US Air Force Academy.

Sejak 1959 hanya enam orang sahaja yang terpilih untuk menjadi pelatih dalam Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA)
Seramai enam orang itu pula, hanya tiga sahaja berjaya menamatkan latihan manakala seorang lagi masih belajar.
Demikian luahan anak kelahiran Negeri Sembilan, Mohd. Amirul Afiq Ameruddin yang berjaya menamatkan latihan di USAFA, di Colorado, Amerika Syarikat.
Menerusi ‘thread’ dalam akaun Twitternya, @amirulafeqq yang menceritakan secara ringkas mengenai perjalanan hidupnya sebelum bergelar graduan USAFA.

Mengakui anak seorang bekas penagih dadah, beliau membesar dalam serba kekurangan dan tidak mempunyai keluarga yang bahagia seperti orang lain.
Ibu bapanya bercerai, Amirul Afiq tinggal bersama datuknya yang merupakan seorang pesara tentera di Negeri Sembilan.
Ibunya pula terpaksa meninggalkan tiga orang anaknya termasuk beliau untuk bekerja di Kuala Lumpur.
“Mama pulak kerja apa sahaja yang ada dekat KL. Pernah bekerja di restoran Secret Recipe, kerja housekeeping dan banyak hotel untuk balik sebulan sekali bagi duit dekat atuk and bawak sekali makanan macam nestum (kegemaran) untuk anak-anak yang beliau terpaksa tinggalkan,” katanya.

Keluarganya pernah dicemuh

AFIQ USAFA
MOHD. AMIRUL AFIQ AMERUDDIN bergambar bersama ibu dan adik beradiknya selepas istiadat tamat latihan di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA) di Colorado. - UTUSAN ONLINE/Twitter @amirulafeqq

Oleh kerana bapanya seorang bekas penagih dadah, Amirul Afiq akui mereka adik beradik dan ibunya pernah dicemuh orang ramai termasuk keluarga sendiri.
Malah ada juga yang membangkitkan persoalan masa depan mereka sehingga ada yang mengata, Amirul Afiq dan adik beradiknya bakal mengikut jejak langkah ayah mereka, Ameruddin.
“Ayah saya seorang yang baik. Saya jarang jumpa beliau tetapi beliau seorang yang sangat baik. Namun, ayah saya sama seperti insan lain yang pernah buat kesilapan.
“Ayah saya merupakan bekas penagih dadah dan ini ada banyak jugak impak dalam hidup saya.
“Sebagai seorang anak kepada penagih dadah and ibu pulak bekerja jauh di Kuala Lumpur mencari rezeki. Mama dicemuh banyak kali. Dikatakan kami adik beradik akan ikut jejak langkah ayah.
“Saudara belah ayah hanya adik beradik ayah yang ambil berat pasal kami. Yang lain mungkin ambil berat tetapi saya tak pernah rasa macam famili.
“Bila dulu kecil, selalu jugak dengar orang tua-tua berborak. Antara yang saya selalu dengar, ‘anak Amer tu, apo lah nak jadi eh sok bosar nanti’,” luahnya.

Cucu pecah ‘tradisi’

AFIQ USAFA
MOHD. AMIRUL AFIQ AMERUDDIN (kiri) ketika sesi latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). - UTUSAN ONLINE/Instagram amirulafeq

Amirul Afiq memang bercita-cita untuk menyambung pengajian di luar negara, namun beliau tidak tahu pilihan yang ditawarkan untuk mengejar impiannya.
“Saya masa kecik dulu hanya mampu mendengar tanpa mampu berfikir. Bila saudara mara tanya UPSR nak berapa? Saya jawab nak 5A.
“Saya ingat lagi mereka cakap, “jangan ‘target’ tinggi sangat, biasa-biasa sahaja cukup.” Yalah suruh realistik sikit mungkin sebab keluarga kami tidak pandai.
“Sebelum ini dalam kalangan anak cucu atuk saya, dapat 1A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pun sangatlah bangga. Tetapi Alhamdulillah saya berjaya pecah rekod keluarga walaupun daripada latar keluarga miskin dan biasa untuk dapat 5A UPSR.
“Cucu pertama atuk masuk asrama penuh lepas di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor,” ujarnya.
Kejayaan beliau berterusan selepas berjaya memperoleh semua ‘A’ dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sebab tak ada pengalaman masuk universiti. Saya pun isilah borang Unit Pusat Universiti (UPU). Semua asasi nama pelik-pelik seperti pertanianlah, itulah, inilah. Jadi saya pun mohon asasi kejuruteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
“UPNM itu universiti tentera? Serius tak tahu masa itu. Sebab UPU ini ‘backup’ untuk cita-cita saya hendak belajar di luar negara,” jelasnya.

Tawaran ke USAFA

AFIQ USAFA

MOHD. AMIRUL AFIQ AMERUDDIN (berdiri, tengah) bergambar bersama rakan-rakannya ketika masih dalam latihan di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA) di Colorado. - UTUSAN ONLINE/Instagram amirulafeq

Selepas diterima masuk ke UPNM melalui proses temuduga, ujian fizikal dan saringan lain, Amirul Afiq mengisi borang untuk masuk ke USAFA.
“Namun peluang belajar di luar negara tidak terpadam di UPNM. UPNM membuka peluang kepada semua pegawai kadet peluang belajar di luar negara.
“Saya dan kawan baik, Santos pun turut serta memohon. Saringan ke USAFA agak mencabar kerana tiada pengalaman persediaan ke luar negara.
“Untuk ke USAFA, seseorang itu perlulah melepasi syarat kelayakan peperiksaan SAT, lulus ujian fizikal dan interview proses yang disaring sendiri oleh pihak Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF).
“Semenjak 1959, seramai enam orang pelajar Malaysia diterima masuk ke USAFA. Boleh dikatakan, hanya tiga sahaja termasuk saya berjaya tamatkan latihan.
“Dan hanya seorang yang masih belajar. Setiap tahun hanya yang layak sahaja akan dihantar,” ujarnya.
Menyedari untuk sampai ke tahap itu bukanlah sesuatu yang mudah namun beliau sedar, ada orang yang menggunakan kable untuk mencapai cita-cita mereka.
“Bila mana orang lain ada kabel untuk dapat apa yang mereka mahu. Percayalah kita juga ada satu kable di atas sana. Kepada Dia sahaja kita berdoa,” ujarnya dalam status terakhir ‘thread’ akaun Twitternya. - UTUSAN ONLINE

No comments