Header Ads

Tidak hirau protokol & turun kereta bantu mangsa kemalangan, sikap ‘selamba’ Tok Mat harus dipuji

Walaupun kecundang dalam PRU14 baru-baru ini, namun nama dan sumbangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sentiasa menjadi sebutan rakyat oleh kerana tanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya dengan baik.
Semalam, keprihatinan pemimpin yang lebih mesra dipanggil Tok Mat terhadap mangsa kemalangan di Jalan Sungai Gadut, Rantau menjadi tular di laman media sosial.
Menerusi laman Facebook Anak-Anak Negeri Sembilan, beberapa keping gambar telah dimuat naik bagi menunjukkan situasi tersebut.
Rata-rata berasa kagum dengan sikap keprihatinan beliau apabila mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaan yang dinaiki dan melihat keadaan mangsa ketika melalui lokasi kemalangan tersebut.
Nampaknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu mengamalkan sikap berjiwa rakyat dengan mengabaikan segala protokol apabila bertemu dengan masyarakat di sekitarnya. Patut lah ramai sayang!
Walau bagaimanapun, mangsa seorang wanita hanya mengalami kecederaan ringan sahaja selepas kereta yang hilang kawalan lalu merempuh masuk ke laluan bertentangan.
sumber : ohmymedia.cc

No comments