Header Ads

UMNO Sudah Kehabisan Dana

Hidup bagaikan roda gais! 
Disebabkan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 lepas, UMNO telah mengambil keputusan untuk menamatkan saluran peruntukan bulanan ke semua bahagian dan cawangannya di seluruh negara, lapor Malaysiakini.
Lebih menyedihkan, setiausaha agung parti tersebut, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor telah menghantar surat pada 22 Mei lalu kepada semua setiausaha bahagian dan penolong setiausaha semua sayap akan perubahan polisi ini. Alamak!

Sumber: WOB
Ini isi surat tersebut:
“Sayugia dimaklumkan, Ibu Pejabat setelah meneliti kedudukan kewangan parti dan ingin memaklumkan yang mana penyaluran peruntukan bulanan kepada pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa ditamatkan bermula Mei 2018.
“Walau bagaimanapun, adalah diharapkan bahawa pihak Bahagian dan Sayap Pergerakan Bahagian dapat meneruskan pengoperasian Bahagian sepertimana kebiasaan sebelum ini.
“Kerjasama semua berhubung perkara ini amat dihargai,” tulis surat itu.
Sumber: Facebook
Perkara ini telah disahkan pemimpin Pemuda UMNO Johor yang juga terima surat tersebut.

Dengan tersebarnya berita ini, netizen agak terkejut kerana UMNO ialah sebuah parti yang boleh dikatakan agak ‘mewah’ jugak kerana telah bertapak selama 61 tahun. Hmm siapa sangka kan, kekalahan PRU14 ni terus membawa masalah berat dalam kewangan parti ni! 
Lepas ni ahli UMNO kenalah bijak berbelanja. Jangan bazirkan wang untuk buat jamuan yang mewah-mewah gitu. Hidang bihun goreng dengan air teh sudahhh…

No comments