Umno tamatkan peruntukan kepada semua bahagian, sayap
Berikutan kekalahan besar pada pilihan raya umum ke-14, Umno mengambil keputusan untuk menamatkan penyaluran peruntukan bulanan ke semua bahagiannya di seluruh negara.
Mengikut surat bertarikh 22 Mei, daripada setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada semua setiausaha bahagian dan penolong setiausaha semua sayap, peruntukan bulanan akan ditamatkan.
“Sayugia dimaklumkan, Ibu Pejabat setelah meneliti kedudukan kewangan parti dan ingin memaklumkan yang mana penyaluran peruntukan bulanan kepada pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa ditamatkan bermula Mei 2018.
“Walau bagaimanapun, adalah diharapkan bahawa pihak Bahagian dan Sayap Pergerakan Bahagian dapat meneruskan pengoperasian Bahagian sepertimana kebiasan sebelum ini.
“Kerjasama semua berhubung perkara ini amat dihargai,” petik surat itu.
Umno dan gabungan BN yang diterajuinya tewas mengejut kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei lalu.
Beberapa pemimpin parti mengakui bahawa kekalahan itu berpunca daripada “keangkuhan” dan percaya bahawa mereka tidak dapat dikalahkan.
sumber: wowberita

Post a Comment