Header Ads

Untung bersih suku pertama Petronas naik kepada RM13 bilion

PETRONAS mencatatkan keuntungan bersih RM13 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu, iaitu meningkat 26 peratus berbanding suku sama tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, kumpulan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada suku pertama tahun ini.

“Ia disumbangkan oleh usaha transformasi berterusan yang menumpukan kepada penambahbaikan perniagaan keseluruhan dan kecemerlangan operasi, ditambah dengan pemulihan harga komoditi.

“Selain itu, prestasi memberangsangkan ini juga didorong oleh pendapatan lebih tinggi dan masuk kira semula bersih susut nilai,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, pendapatan PETRONAS pada suku pertama sehingga 31 Mac lalu dikaji meningkat sebanyak RM1.4 bilion kepada RM57.9 bilion, berbanding RM56.5 bilion pada suku pertama tahun lalu.

Kenaikan itu khususnya disebabkan oleh purata harga direalisasikan lebih tinggi yang direkodkan merangkumi semua produk, yang kebanyakannya diimbangi pula oleh kesan pengukuhan tukaran asing ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (USD).

Perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) mencatatkan pertumbuhan sederhana dua peratus kepada RM25 bilion berbanding RM24.6 bilion pada suku sama tahun lalu.

sumber: wowberita

No comments