Barangan disita bernilai RM1.1 bilion? Jangan terlalu teruja - Najib
Dalam temubual eksklusif bersama MalaysiaKini di pejabat portal berita itu di Petaling Jaya hari ini, Najib berkata, penilaian barang terutama barang kemas yang dirampas polis di kediaman yang dikaitkan dengannya adalah subjektif dan tidak realistik.
"Ia bergantung kepada sumber permata itu, ia bergantung adakah ia hadiah atau bila ia dibeli. Penilaian mungkin akan jadi berbeza.
"Maka, janganlah kita terlalu teruja dengannya. Marilah kita melihat barang berkenaan, setiap barang, dan kami berharap dapat memeriksanya dan kita dapat membuat kesimpulan sumber barang itu dan dapat dijelaskan mengenai barang yang disita oleh polis,"katanya.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya mengambil masa 36 hari untuk mengira dan menilai barang rampasan daripada beberapa lokasi membabitkan milik bekas Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, pada 16 dan 17 Mei lalu.
"Nilai barang rampasan dalam siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM900 juta hingga RM1.1 billion.
"Sebanyak 25 daripada 72 beg mengandungi barang kemas seperti cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya sebanyak 12,000 barang. Jumlah pasaran barang kemas yang dirampas berharga kira-kira RM880 juta.
"Barang kemas termahal yang dirampas dari serbuan ke premis berkaitan Najib ialah seutas rantai leher bernilai RM6.4 juta," katanya.
Jumlah Barang Kemas Dan Barangan Berharga Yang Dirampas Daripada Kediaman Najib:
1) 567 beg tangan daripada 37 jenama mewah bernilai RM51.3 juta (8 hari mengira) - Paling mahal beg tangan berharga RM1.6 juta -Antara jenama termasuk Hermes, Prada, Chanel, Versace, Bijan (tempahan khas)
2) 423 utas jam tangan berjenama mewah bernilai RM78 juta (3 hari untuk mengira) - Lebih 100 jenama mewah dan yang paling mahal jam tangan Rolex bernilai RM3.5 juta
3) 234 Cermin Mata daripada 34 jenama mewah bernilai RM374,000 - Antara jenama Versace dan Dior
4) 12,000 jenis barang kemas dianggar bernilai RM442 juta tidak termasuk kos rekabentuk (nilai pasaran 50%-100% lebih tinggi dianggar RM660 juta hingga RM880 juta)
a) 1,400 utas rantai - paling mahal rantai emas berlian putih bernilai RM6.4 juta
b) 2,200 cincin
c) 2,100 gelang
d) 2,800 anting-anting
e) 1,600 "brooch"
f) 14 tiara
5) 35 beg mengandungi wang tunai bernilai RM116.7 juta daripada 26 mata wang asing
Sumber Viral Purba https://ift.tt/2lFHuhI

Post a Comment