Header Ads

‘Jangan Kita Buka Aib Orang, Ingat Setiap Individu Ada Ibu Bapa’-Jep Sepahtu

Sejujurnya, MH sedih lihat ramadan tahun ini. Lepas satu-satu isu yang berlaku.

Kalau dilihat, sebelum-sebelum ini..kemeriahan bulan ramadan memang terasa, namun tahun ini hanya isu-isu hangat yang melanda seterusnya sedikit mencemar bulan yang mulia ini.

Berikutan itu, dalam kesempatan MH menemu bual pelakon, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu, dia sempat memberikan pandangannya mengenai situasi yang sedang berlaku kini.

“Pada saya,apa-apapun yang terjadi jangan sesekali kita buka aib seseorang.

“Kita kena ingat setiap individu itu mempunyai ibu bapa, ahli keluarga, kawan-kawan, bila kita buka aib dia, bukan dia sahaja yang terlibat, tapi orang disekelilingnya juga.

“Lagi satu, kita kena ingat juga, kalau kita buka aib seseorang, tak mustahil perkara itu akan kembali semula pada kita.

“Sebab hidup ini umpama roda, apa kita buat pada orang ia akan berbalik pada kita semula.

“Oleh sebab itulah, saya rasa bulan baik ini atau bila-bila pun jangan lah kita buka aib seseorang. Nanti kita yang mendapat,”katanya kepada Media Hiburan.

Wow! Memang menusuk apa yang Jep katakan itu. MH sangat bersetuju dengan pendapatnya itu.

MH harap netizen dapat menyerap ‘nasihat’ Jep itu dan fikit dahulu sebelum berbuat sesuatu.

Kita kini hidup di zaman digital, tak mustahil apa yang kita lakukan hari ini akan keluar di internet keesokan harinya. Renung-renungkan dan selamat beramal.

The post ‘Jangan Kita Buka Aib Orang, Ingat Setiap Individu Ada Ibu Bapa’-Jep Sepahtu appeared first on Media Hiburan.

sumber Media Hiburan https://ift.tt/2kGsPlG

No comments