“Minta Anak Kumpul Satu Famili Untuk Derma,” – Cara Che Ta Sokong Tabung Harapan Malaysia
Penubuhan Tabung Harapan Malaysia (THM) disambut baik rakyat di negara dan ia turut mendorong pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan untuk sama-sama membantu sebagai seorang warganegara.
Meski tidak mahu mendedahkan berapa amaun yang akan didermakan, namun pelakon drama Kak Marr ini mengakui akan meminta anak dan ahli keluarganya yang lain untuk turut sama membantu, meringankan beban negara tercinta.
“Saya memang nak menyumbang kepada tabung tersebut. Malah, ada rakan lain pun sudah menderma jadi nanti saya akan minta anak kumpul satu famili untuk derma. Tanda sokongan kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Ujar Che Ta, tiada salahnya untuk sama-sama berganding bahu dalam menyokong, apatah lagi ia dilakukan demi kebaikan bersama.
“Bayangkan kalau seorang rakyat Malaysia dermakan RM10, sudah dapat berapa kan? Kita menyokong. Ia bukanlah dalam bentuk paksaan, cumanya kalau rela sokonglah.
“Kita anggap sahajalah kita buat kebajikan untuk negara. Kalau kita bagi satu, insyaAllah tuhan akan bagi balik 10,” ujarnya positif ketika ditemui di yang ditemui pada majlis iftar anjuran Indigital dan LOL Entertainment di Hotel Royal, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Pada masa sama, bintang berusia 45 tahun itu juga turut gembira dan lega dengan penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Seronok sangat sebab rakyat tidak lagi rasa terbeban. Malah, saya sebagai peniaga pun terasa walaupun ia dikenakan kepada pengguna sebab kita sendiri adalah pengguna,” akuinya jujur.
Foto: Instagram Rozita Che Wan
The post “Minta Anak Kumpul Satu Famili Untuk Derma,” – Cara Che Ta Sokong Tabung Harapan Malaysia appeared first on Media Hiburan.
sumber Media Hiburan https://ift.tt/2kGyYi0

Post a Comment