Pak Pandir ‘Yang Remeh Temeh’ Meninggal Dunia Awal Pagi Jumaat
Penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu Yang Remeh Temeh, Pak Padir menghembus nafasnya yang terakhir kira-kira jam 4.30 pagi tadi. Allahyarham meninggal dunia pada suia 62 tahun dan pemergiannya ke Rahmatullah telah dimaklumkan isterinya, Rosmi Salmiah menerusi media sosial.
Difahamkan, Pak Pandir atau nama sebenarnya, Azmi Ali telah dimasukkan ke bahagian kecemasan pada Selasa kerana mengalami masalah tekanan darah rendah. Selain itu, Allahyarham turut menderita sakit buah pinggang dan paru-paru berair.
Awal pagi semalam, bintang ini turut memuat naik status menerusi FaceBook (FB) mengenai tahap kesihatan selain memberi maklumat hospital yang merawatnya bagi memudahkan proses melawat.
“Kepada semua peminat, kawan-kawan, keluarga dan sesiapa yang mengenali saya dan tertanya-tanya benarkah saya dimasukkan ke wad sekali lagi, ya! betul, kerana masalah tekanan darah rendah, buah pinggang, kandungan air di paru-paru.
“Keadaan saya tidak stabil. Saya sekarang berada di Hospital Kajang, katil nombor 24, wad 2, tingkat 1. Doakan yg terbaik utk saya,”tulisnya.
Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Surau Annur Kantan Permai, Kajang sekitar jam 9.30 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Foto: Carian Google / FB Pejal Hashim
The post Pak Pandir ‘Yang Remeh Temeh’ Meninggal Dunia Awal Pagi Jumaat appeared first on Media Hiburan.
sumber Media Hiburan https://ift.tt/2tQaU0j

Post a Comment