Panas Di MeleTop: Awal Ashaari BAHAN Neelofa, Nama 'Mira' Pula Naik
Ungkapan 'Good Job Lofa', itulah antara pujian melambung dari para penonton dan juga netizen yang memuji pengacara MeleTop iaitu Neelofa ketika mengacarakan rancangan itu Selasa lalu.
Di MeleTop pada minggu ini menyaksikan banyak isu-isu panas yang menarik perhatian netizen terutamanya melibatkan individu bernama Mira.
Nama Mira turut disebut-sebut semasa program Meletop melibatkan pengacaranya, Nabil dan Neelofa serta tetamu undangan iaitu Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Lara Alana dan Ayda Jebat.
Semuanya bermula apabila nama isteri Nabil iaitu Zira dikatakan hampir sama dengan nama Mira.
Jenaka ini berterusan apabila Awal Ashaari dan juga Ayda Jebat turut bersama-sama cuba membahan nama tersebut yang dikaitkan dengan video individu yang mirip dengan wajah Syafiq Kyle.
Ramai yang memuji sikap Neelofa yang segera cuba mengubah topik dan meminta agar mereka yang berada di atas pentas itu supaya lebih menjaga tingkah laku dan behave.
Ini videonya:
Awal Ashaari: "Sejak bila nama tukar Mira"
Nabil: "Zira bukan Mira.. Apa nama kau sebut tadi?"
Neelofa: "Aku yang takut, kecut perut kat sini, jaga mulut sikit boleh tak? Aku tak join coversation ni"
Ayda Jebat: " Tadi dia cakap nama Mira"
Scha Al Yahya: " Salah bual la, I pun nak balik lah"
Neelofa: "Janganlah korang, tak baiklah"
Video sedutan rancangan MeleTop itu lantas menjadi bualan ramai terutama para penonton.
Diruangan komen, banyak yang menghemburkan kata-kata pujian terhadap Neelofa yang bijak mengawal keadaan ketika itu.
Yang menambah lawaknya ialah apabila Awal Ashaari telah memakai turban dan membahan pengacara Neelofa secara spontan.
Awal Ashaari memakai kain sampin di kepalanya dan menyatakan dirinya seperti Neelofa memakai turban di Koh Samui dan disambut dengan gelak tawa dari para penonton di set MeleTop.
Apapun memang lawak dorang ni.
Untuk pengetahuan, Awal Ashaari, Scha, Lara Alana dan Ayda jebat datang ke set MeleTop untuk mempromosikan jenama baju raya Jakel.
Sumber Berita Memey

Post a Comment