Header Ads

Pengendali kumpulan Whatsapp ditikam kerana ‘remove’ ahli

Screenshot gambar sadis seorang lelaki terlantar akibat ditikam dengan pisau di bahagian punggungnya tersebar di media sosial.

Kejadian yang berlaku di Pune, Maharashtra, India itu berpunca daripada tindakan lelaki itu yang merupakan pengendali atau admin bagi satu kumpulan Whatsapp telah mengeluarkan seorang ahli kumpulan itu tanpa pengetahuannya.

Mungkin akibat berang dengan perkara itu, ahli tersebut telah mengambil tindakan di luar jangka dengan menikam punggung mangsa.

Kes ini mengejutkan ramai pengguna Whatsapp yang lain.

Mereka beranggapan sudah tiba masanya admin kumpulan Whatsapp yang ada di Malaysia mengambil langkah berhati-hati ketika mengawal ahli kumpulan masing-masing.

Mungkin selepas ini, perlu ada surat atau notis pemberitahuan awal sebelum mengambil tindakan mengeluarkan mana-mana ahli kumpulan.

sumber: wowberita

No comments