''Siaran Langsung Ini Ditaja Rakyat Malaysia'', Kisah Cinta Bola Sepak Luar Biasa Rakyat Malaysia Demi Piala Dunia 1982
Sukan bola adalah sukan yang dimain sepanjang tahun, di semua bahagian dunia. Fanatik bola tak perlu risau kerana bola akan terus disepak sepanjang masa. Pertandingan demi pertandingan datang dan pergi bersilih ganti. Tamat saja liga semusim, ada perlawanan persahabatan. Kalau kelab diminati berehat, kita sokong pula pasukan kebangsaan beraksi. Itulah bola, dan gila bola namanya.
Dan tahun ini, gila bola datang lagi. Piala Dunia Rusia 2018 semakin menghampiri. Sepanyol, England, Perancis, Jerman, Brazil dan banyak lagi gergasi-gergasi bola turun beradu, siapa lebih jaguh. Nak tengok Messi gelecek dua tiga pemain, nak tengok Ronaldo lompat dan tanduk bola ke dalam gol, nak tengok 'magis' Salah di Liverpool berterusan bersama Mesir. Pasti semua peminat bola sepak teruja. Biarlah Malaysia tak layak pun, ada pasukan lain kita boleh sokong kan.
Rakyat Malaysia memang sudah terkenal dengan semangat bola sepaknya. Tengok sajalah setiap kali ada perlawanan bola sepak, terutamanya perlawanan akhir. Riuh rendah stadium diisi dengan sorakkan peminat. Sanggup beratur di kaunter tiket dari awal pagi, malah ada yang berkhemah di perkarangan stadium semata-mata mahu mendapatkan tiket. Jangan lupa, tak dapat tiket boleh bawa gaduh tau.
Tapi tiada apa yang dapat menandingi definis semangat gila bola Malaysia yang dilakukan oleh peminat bola sepak yang layak diangkat sebagai lagenda pada tahun 1982. Sebelum itu, RTM yang menjadi satu-satunya stesen penyiar di Malaysia menjadi penyiar kepada dua kejohanan Piala Dunia pada tahun 1974 dan 1978.
Namun pada tahun 1982, RTM tidak cukup duit dan cuma mampu menyiarkan empat sahaja siaran langsung ketika itu iaitu perlawanan pembukaan melibatkan Argentina menentang Belgium, dua perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir. Itu sahaja. Perlawana lain? Kena tunggu RTM umum keputusan akhir perlawanan jela.
Mana boleh jadi, empat je siaran Piala Dunia? Ni bukan liga kampung tau. Ni Piala Dunia. Tapi rakyat Malaysia ketika itu menerima alasan yang diberi RTM bahawa masalah kos yang terlalu tinggi mengehadkan hasrat mereka untuk membawakan semua siaran Piala Dunia ke Malaysia.
Peminat bola sepak yang pasrah akhirnya bakal menonton perlawanan pertama diantara juara bertahan, Argentina dan Belgium pada 13 Jun. Bukan biasa-biasa perlawanan tersebut, ada Maradona bintang muda Argentina yang turun memperkuatkan jentera serangan pasukan kebangsaannya. Tapi rakyat Malaysia terkejut, Argentina tumbang di kaki Belgium. Lupa seketika yang mereka kena tunggu untuk sekian lama sebelum dapat menyaksikan perlawana Piala Dunia seterusnya.
Tetapi tidak bagi seorang peminat bola sepak ini, Peter Teo namanya. Dia tidak lupa dengan pengumuman yang dibuat RTM sebelum ini. Kalau tak lupa apa yang dibuat? Peter kemudian menghubungi The Malay Mail pada 14 Jun, akhbar yang dibacanya setiap hari untuk mengusulkan satu cadangan. Satu cadangan yang kemudian menjadi sejarah dan memori indah dalam dunia bola sepak tempatan.
Peter mencadangkan kepada The Malay Mail agar menyiarkan satu iklan untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia mendermakan RM 1 kepada RTM, supaya RTM mempunyai dana yang cukup untuk menyiarkan perlawanan Piala Dunia 1982 itu.
Rancangan Peter cukup mudah, wujudkan satu tabung untuk kumpul dana, dan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, menyumbang RM 1 atas prinsip yang satu, cinta kepada bola sepak.
Cadangan Peter diterima oleh The Malay Mail, maka terbentuklah satu tabung yang digerakkan melalui kempen People’s Live Telecast Fund atau Dana Rakyat Siaran Langsung (PLTF). RTM sendiri berbesar hati untuk mengelolakan tabung dana itu sekiranya rakyat Malaysia sudi berganding bahu menghulurkan dana kepada mereka. Menurut RTM, mereka bersedia untuk menambah satu perlawanan Piala Dunia jika dana RM 60 ribu yang diperlukan dapat dikumpul. Maka, rakyat Malaysia tidaklah perlu menunggu hingga ke perlawanan separuh akhir untuk menonton semula.
Awalnya kempen itu berlalu tanpa banyak orang menyedarinya. Pada 19 Jun, tabung hanya dapat mengumpul sebanyak RM 228, pada 20 Jun, jumlahnya meningkat menjadi RM 730. Namun sehari kemudian, pada 21 Jun, jumlahnya meningkat mendadak menjadi RM 5 ribu. Pada 22 Jun, jumlah terkumpul adalah RM 20 ribu.
Bukan setakat menyalurkan derma secara terus, ada juga syarikat yang membekalkan t-shirt secara percuma kepada The Malay Mail secara percuma. Hasil jualan t-shirt tersebut akan dimasukkan ke dalam PLTF. Malah, beberapa syarikat besar di Malaysia turut menyumbang dana puluhan ribu ringgit, tidak ketinggalan juga daripada ahli politik pihak kerajaan ketika itu. Begitulah cintanya rakyat Malaysia kepada bola sepak.
Malah, The Malay Mail sendiri turut menyiarkan semua nama penderma di dalam akhbar mereka setiap hari. Ianya sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang sanggup bekorban ketika itu. Pada 24 Jun, dan yang terkumpul adalah RM 40 ribu. Tidak percaya kan? Tapi dalam masa 6 hari, PLTF berjaya mengumpul lebih RM 60 ribu. Sudah cukup untuk menyiarkan satu perlawanan Piala Dunia.
Namun rupanya, ia tidak terhenti di situ sahaja. Rakyat Malaysia mahukan lebih daripada satu perlawanan tambahan. Pada 25 Jun, dana PLTF meningkat menjadi RM 156 ribu. Cukup untuk dua perlawanan tambahan. Nanti, tak berakhir lagi kutipan. Pada 26 Jun, satu perlawanan amal bola sepak telah diadakan melibatkan artis-artis Malaysia dan wartawan The Malay Mail ketika itu. Hasil jualan tiket beharga RM 5 dan RM 10 itu kemudian disalurkan kepada PLTF.
Akhirnya, dengan usaha gigih rakyat Malaysia dimulakan Peter Teo, rakyat Malaysia berjaya mengumpul dana sebanyak lebih kurang RM 300 ribu. Bermakna lebih daripada satu perlawanan tambahan la jawabnya.
Ya, RTM siarkan lebih daripada satu perlawanan, sebaliknya 4 lagi yang dibawa menjadikan jumlah keseluruhan 8 perlawanan siaran langsung Piala Dunia. Perlawanan-perlawanan tambahan tersebut adalah,
1. England (0) lawan (0) Jerman Barat
2. Soviet Union (0) lawan (0) Poland
3. Itali (3) lawan (2) Brazil. Perlawanan yang diiktiraf sebagai perlawana terbaik sepanjang penganjuran Piala Dunia. Itali kemudian muncul sebagai Juara Dunia.
4. England (0) lawan (0) Sepanyol
Tetapi RTM tidak berhenti setakat itu sahaja, dengan lebihan dana yang ada RTM kemudian menghadiahkan satu perlawanan tambahan buat rakyat Malaysia iaitu perlawanan amal UNICEF Match All-Star pada 7 Ogos, perlawanan itu menemukan FIFA World Star (2) lawan (3) Europe All-Star.
Tapi yang lebih menyentuh hati, tindakan RTM menghargai jasa rakyat Malaysia dengan meletakkan ''Siaran Langsung Ini Ditaja Rakyat Malaysia'' bagi kesemua lima perlawanan tambahan tersebut.
Semuanya bermula daripada panggilan yang dibuat Peter, rakyat Malaysia bersatu hati demi bola sepak dan demi Piala Dunia. Terima kasih Peter.
Itali mungkin bergelar Juara Piala Dunia ketika itu, tetapi anda, peminat bola sepak tahun 1982, anda adalah juara yang sebenarnya. Respect!
Sumber : Skolafund, Bazookapenaka
from Siakap Keli News http://bit.ly/2J5LQIS
sumber : siakapkeli

Post a Comment