Zidane Akui Tertekan Sering Di'Boo' Peminat Antara Punca Dia Letak Jawatan Walaupun Baru 5 Hari Bawa Real Madrid Juara UCL
Zinadane Zidane atau lebih dikenali Zizou yang juga jurulatih kepada kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid telah meletakkan jawatan, lima hari selepas membawa pasukannya merangkul trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali ke-13.
Pengendali dari Perancis yang memulakan tugasnya bersama Los Blancos pada Januari 2016 membuat pengumuman mengejut itu ketika pihak kelab mengadakan sidang media tergempar semalam.
Zizou menjadi jurulatih pertama yang berjaya mencatat hatrik UCL apabila membimbing skuad penuh bintang itu untuk menjulang kejuaraan Eropah buat tiga tahun berturut-turut. Malah, dalam tempoh pendek beliau bersama kelab, beliau turut berjaya mengisi kabinet piala Real Madrid dengan satu trofi La Liga dan lima lagu kejuaraan, menjadikan 9 secara keseluruhan.
Presiden kelab, Florentino Perez yang turut hadir dalam sidang media semalam mengakui Zizou ada bertemunya sebelum sidang media dibuat untuk menyatakan hasratnya mengundurkan diri dari terus menguruskan Real Madrid di masa akan datang.
Perez pada masa yang sama turut melahirkan rasa sedih dengan keputusan yang dibuat oleh Zizou, namun yakin bahawa dia akan kembali ke pangkuan kelab di masa depan.
''Saya telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengendali Real madrid.
''Ini adalah saatnya di mana saya perlu mengundur diri. Saya yakin ia adalah keputusan yang perlu dibuat supaya kelab ini terus memenangi trofi di masa akan datang.
''Kelab ini memerlukan hala tuju dan kaedah yang baru. Saya cintakan kelab ini,'' kata Zizou.
Bagaimanapun pengendali yang juga merupakan bekas pemain Real Madrid itu mendedahkan keputusan itu dibuat kerana merasakan kelab telah melalui waktu yang getir dalam liga di bawah kendaliannya selepas menamatkan musim di tangga ketiga, 17 mata ketinggalan di belakang musuh tradisi, Barcelona yang dinobat sebagai Juara La Liga musim 2017/2018.
Malah, Zizou turut mengakui dia terkesan apabila diejek oleh penyokong sendiri di sepanjang musim lepas dan menyeru peminat untuk terus menyokong kelab dan pemain tanpa mengira situasi yang dilalui.
Sebagai pemain, Zizou yang pernah merangkul trofi Piala Dunia bersama Perancis pernah beraksi lebih daripada 500 perlawanan untuk Real Madrid, memenangi trofi UCL pada tahun 2002 dan beberapa trofi lain lagi. Malah, Zizou turut pernah dianugerahkan Ballon d'Or ketika masih lagi bermain bola sepak.
Dalam pada itu, Real Madrid juga dijangka perlu berhadapan dengan beberapa lagi tekanan apabila terdapat khabar angin dimana dua tonggak utamanya, Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale bakal mengangkat kaki di musim depan.
Bagaimanapun Zizou menjelaskan keputusannya tidak ada kena mengena dengan krisis yang dihadapi bersama pemain.
''Saya menghormati semua, pemain-pemain, yang mana menjadi asas kepada setiap kemenangan. Para pemain tiada kena-mengena dengan keputusan saya. Ia lebih berkisar kepada apa yang saya fikir,'' kata Zizou lagi.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kelab mengenai pengganti kepada Zizou, namun media-media utama Eropah ada menyebut beberapa nama antaranya jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris, Mauricio Pochettino.
Ia bukan lagi rahsia bahawa Perez amat mengagumi hasil kerja Pochettino bersama kelab semasanya, Tottenham Hotspur terutama ketika menewaskan kelab miliknya ketika saingan UCL peringkat kumpulan sebelum ini.
Walaupun ramai pihak menjangkakan bahawa Pochettino akan kekal bersama Hotspur, namun ia tidak menghalang Perez daripada mendekati pengendali berusia 46 tahun itu, yang diramal akan dimulakan dalam masa terdekat.
Perez dijangkakan perlu melabur wang yang banyak untuk membawa pengendali berbangsa Argentina itu memandangkan dia baru sahaja menyambung kontrak baru bersama kelab beberapa hari lalu. Bagaimanapun kontrak baru lima tahun itu tidak disertakan dengan klausa, menyukarkan Hotspurs untuk mempertahankannya.
Selain Pochettino, terdapat beberapa lagi nama besar yang disebut-sebut antaranya adalah pengurus lagenda Arsenal, Arsene Wenger. Selain itu, pengendali Juventus, Massimiliano Allegri dan juga jurulatih Chelsea, Antonio Conte.
Sumber : The Sun, The Telegraph
from Siakap Keli News http://bit.ly/2xw8c57
sumber : siakapkeli

Post a Comment