'Beranak pandai, didik tak tahu' - TV Plasma pecah, 20 ekor ikan mati angkara anak tetamu datang beraya
Jika sebelum ini, netizen digemparkan dengan berita empat ekor anak kucing mati angkara budak-budak datang beraya, dalam dua kes terbaru ini pula melibatkan televisyen (TV) dan ikan peliharaan.
Dalam kes pertama, TV plasma milik saudara kepada Qhalida Qaseh, pecah disebabkan anak tetamunya yang hiperaktif berlari ke sana sini. Apa yang menyedihkan, TV yang dibeli dengan harga RM3,999 itu baru saja diguna dua bulan dan akhirnya menemui 'ajalnya' di hari raya.
"Ada keluarga bertandang ke rumah sedara aku. Anak dia hiperaktif gila, mak dia pula marah-marah macam tu saja. Tak ada nak tarik anak, duduk dengan dia diam-diam. Berlari sana sini dan tiba-tiba, GEDEGANG!!!
"TV Plasma jatuh! Berderai baii!! Serpihan berterabur. Terus sedara aku terpekik yang TV itu dia beli dengan harga RM3,999 baru dua bulan rasmi.
"Budak-budak itu terus cuak dan terus berdiri di belakang mak dia. Mak dia pula terkedu, suami dia pula bangun dan terus keluar rumah. Haram punya perangai.
"Mak dia buat-buat marah, selepas itu kata "Pergi kat ayah. Maaflah ye, suami tergesa-gesa keluar, saya kena ikut, nanti kena tinggal.
"Terus sedara aku keluar pergi tarik suami dia.
"Bang, harga tv RM3,999. Bayarlah sekarang ye. Saya kumpul empat kali gaji. Kalau tak bayar, jangan balik. Saya lapor polis dan dakwa korang datang ceroboh dan rosakkan harta benda."
"Terus suami dia terdiam dan berbincang dengan isterinya. 10 minit kemudian dia datang balik dan kata mampu bayar RM2,000 sahaja. Akhirnya isteri dia gadaikan handphone dan emas untuk cukupkan RM3,999 dan petang itu juga settle.
"Konklusinya di sini, kadang-kadang kita nampak benda remeh, tetapi besar impaknya kalau anak-anak kita tak dididik dengan akhlak dan adab bertandang. Jangan kata, "Ala, budak-budak biasalah", kerana di situ menunjukkan anda gagal mendidik. Beranak pandai, didik tak tahu," tulisnya.
Sementara itu dalam kes berasingan, Aman Mokthar berkongsi pula kejadian yang menimpa rakannya di mana ikan-ikan peliharaannya mati disebabkan anak-anak tetamu yang datang beraya ke kediamannya.
"Before this heboh pasal anak kucing mati kena rendam dalam air dan TV plasma tuan rumah jatuh dan pecah. Kedua-duanya tentang kes datang beraya bawa anak-anak yang hiperaktif tetapi tidak dipantau.
"Sekarang salah seorang rakan saya di Instagram mengatakan ikan-ikan di dalam kolamnya banyak mati disebabkan kes yang sama, bawa anak datang beraya tetapi tidak dipantau dan dijaga.
"Ini kes tabur sebalang makanan di kolam ikan begitu saja, dan ikan tak makan makanan itu serta ia memberikan kesan kepada ikan-ikan itu. Keesokan harinya, 20 ekor ikan semua terapung mati.
"Tolonglah, terutama kepada yang ada anak-anak kecil itu, jaga elok-elok dan pantau seketat yang mungkin. Nak bawa anak-anak kecil boleh, tetapi jangan sedap nak penuhkan perut sendiri sampai anak sendiri tak terpandang perangai di tempat orang.
"Ikan-ikan kolam ini bukan murah nak beli. Last gambar itu, ikan itu dah ready nak bertelur tetapi dah sampai ajal. Kasihan tuan rumah.
"Lain kalau kalau tahu anak itu dah perangai buas sangat dan diri sendiri tak reti nak kawal, lebih baik tinggalkan saja anak di rumah. Jangan nanti menyusahkan orang lain. Ini datang beraya rumah tau, bukan di padang bola," tulisnya.
Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku jika ibu bapa mengawasi kelakuan anak-anak mereka apabila datang beraya di rumah saudara mara atau kenalan. Hati tuan rumah mana yang tidak 'pecah' jika harta mereka dirosakkan, ditambah pula dengan ada segelintir ibu bapa yang hanya tahu menegah tetapi tidak bertindak melarang anak mereka dengan tegas.
Adab mengunjungi atau menziarahi rumah saudara mara dan kenalan di hari raya wajar diajar kepada anak-anak agar mereka faham dan tidak menimbulkan rasa kurang senang. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.
BERITA BERKAITAN:
Sumber Viral Purba https://ift.tt/2Kqxs2C

Post a Comment