Doktor pelatih dakwa jadi mangsa gangguan seksual ketua jabatan
PETALING JAYA: Ketika tempoh kerja syif yang panjang di hospital hampir tamat, seorang doktor pelatih Michelle (bukan nama sebenar) diberitahu bahawa ketua jabatannya ingin bertemu dengannya atas sebab berkaitan kerja.
Namun hakikatnya, ketua jabatannya itu mempunyai niat tersembunyi.
“Dia kemudian merangkul saya dan mula membuka butang baju serta mencium bibir saya.
“Dia kata dia mahu memberikan saya ‘restu’. Saya menolaknya dan berlari keluar dari bilik tersebut.
“Saya terkejut dan tertekan. Saya menangis dan berasa jijik,” kata gadis berusia 27 tahun itu.
Namun insiden itu bukanlah kes terpencil. Michelle berkata sepanjang tugasnya, doktor tersebut telah menyentuhnya sesuka hati selain pernah meminta dia menemaninya keluar minum.
“Dia akan memberitahu saya untuk minum hampir semua minuman yang dipesannya dan akan cuba meramas payu dara saya selepas saya mabuk sedikit.
“Dia juga meminta saya untuk menghantarnya ke rumah jadi kami boleh teruskan tapi saya selalu mencari alasan,” katanya yang mendakwa doktor itu mengajaknya keluar minum sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Doktor pelatih itu berkata dia tertekan untuk memenuhi permintaan doktor terbabit kerana dia mengugut untuk menggagalkannya jika tidak melakukan apa yang disuruh.
“Dia beritahu saya dan yang lain bahawa terdapat komponen bukan akademik untuk ujian kami dan jika kami tidak mematuhi arahannya, kami akan gagal,” katanya.
Michelle membuat laporan polis pada Oktober lalu.
Namun sehingga hari ini tiada tindakan diambil.
Michelle merupakan salah seorang daripada beberapa doktor pelatih yang menjadi mangsa gangguan seksual dan ugutan lelaki tersebut yang juga Ketua Jabatan Ortopedik di sebuah hospital di Lemah Klang.
Pemangsa seksual menyasarkan doktor pelatih wanita muda yang tidak berdaya untuk melawan permintaannya.
The Star menghubungi semua mangsa yang mahu cerita mereka didengari.
Seorang lagi doktor pelatih berkata ketua jabatan itu tidak berhenti-henti melakukan gangguan seksual terhadapnya sepanjang enam bulan ditugaskan di hospital tersebut.
“Apabila dia bosan, dia akan memanggil saya ke pejabatnya untuk bercakap tentang seks,” katanya.
Satu insiden buruk yang terbuku di fikirannya berlaku semasa aktiviti senaman fizikal di hospital tersebut.
Gadis itu berkata ketua jabatan tersebut meraba payu daranya ketika dia sedang melakukan senaman.
Malah gadis itu mendakwa doktor tersebut turut pergi ke kediamannya dan menghantar gambar kepadanya melalui WhatsApp.
Dia turut bersetuju dengan Michelle bahawa doktor terbabit biasanya akan meminta doktor pelatih untuk minum bersamanya.
Malah doktor itu akan cuba membuatkan doktor pelatih mabuk ketika mereka keluar bersama.
Seorang pegawai perubatan berusia 32 tahun yang berkhidmat di hospital lain berkata ketua jabatan itu akan sentiasa menyalahkan mangsa.
“Satu hari dia ajak saya keluar minum dan saya tidak dapat menolak permintaannya itu. Saya mabuk sedikit dan dia beritahu saya supaya menghantarnya pulang ke rumah.
“Keesokan paginya, saya merasa tidak selesa dan dia menuduh saya pula cuba merayu dan menciumnya.
“Saya takut ia akan memusnahkan karier saya jadi saya enggan cakap banyak.
“Ramai di antara kami belajar bersungguh-sungguh untuk lulus tempoh latihan, jadi kami tidak mahu membahayakan masa depan kami,” katanya.
sumber: wowberita

Post a Comment