Individu buat tarian Keke Challenge akan disaman – JPJ
KUBANG PASU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak terjebak dengan aktiviti menari dengan kereta bergerak, Keke Challenge di jalan raya sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya boleh mengeluarkan saman kepada individu terbabit jika didapati berlaku perlanggaran undang-undang.
“JPJ mempunyai kerangka undang-undang untuk kita ambil tindakan ke atas pesalah jalan raya dan perbuatan sedemikian juga dilihat tidak mengikut kesopanan dan etika masyarakat.
“Kalau ia melibatkan perlanggaran undang-undang dan ada isu bahaya, mungkin kita akan saman tetapi setakat ini kita akan kaji mengikut undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang akhbar dalam lawatan rasminya ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.
Keke Challenge tercetus apabila pelawak, Shiggy melakukan tarian tersebut dan rakaman video yang dimuat naik meraih kira-kira lima juta tontonan.
Tarian tersebut memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang bergerak seterusnya menari mengikut alunan lagu, In My Feelings yang dinyanyikan Drake.
Beberapa selebriti ternama turut meniru aksi tersebut sehingga ia menular ke negara ini.
Pihak polis baru-baru ini turut menasihatkan orang ramai terutama golongan muda supaya berhenti melakukan tarian itu di kawasan jalan raya kerana membahayakan nyawa. – UTUSAN ONLINE
sumber: wowberita

Post a Comment