Header Ads

Jenazah Siti Nur Iesmawida dibawa pulang esok

KUALA LUMPUR: Jenazah pendaki rakyat Malaysia yang maut akibat gempa bumi di Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia, Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, akan dibawa pulang untuk urusan pengebumian, esok.

Bapa mangsa, Ismail Abdul Raffar, 62, berkata, dia dimaklumkan oleh menantunya, Mohd Hafiz Mohd Kassim, 30, melalui mesej di aplikasi WhatsApp yang sudah tiba di Lombok, tengah hari tadi, bahawa jenazah Siti Nur Iesmawida akan dibawa menaiki penerbangan dari Lombok ke Jakarta kira-kira jam 9 pagi, esok (waktu tempatan).

“Jenazah kemudian akan menaiki penerbangan dari Jakarta, Indonesia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik selesai urusan dokumentasi yang dijangka mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam.

“Jenazah dijangka tiba seawal jam 3 petang esok sebelum dibawa ke Masjid Al-Rahimah, Kampung Pandan, di sini, untuk disembahyangkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ismail berkata, mereka masih menunggu surat pengesahan kematian anak Siti Nur Iesmawida bagi urusan pengebumian.

“Setakat ini, belum dapat lagi dipastikan lokasi pengebumian, namun kami merancang untuk mengebumikan jenazahnya di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, di sini, sebaik jenazah selesai disembahyangkan nanti,” katanya.

Terdahulu, seorang pendaki rakyat Malaysia dilaporkan maut, manakala enam lain cedera akibat gempa bumi di Gunung Rinjani, Lombok.

Gempa dengan kekuatan 6.4 magnitud itu turut menyebabkan kerosakan di kawasan sekitar dan banyak laluan terputus.

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa tersebut terjadi pada 5.47 pagi dan berpusat 28 km Barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut laporan BMKG, berlaku 31 gegaran susulan selepas gempa pertama itu sehingga jam 7.39 pagi semalam.

Gegaran susulan gempa itu di bawah 5 Skala Richter.

Gunung berapi Rinjani di Pulau Lombok yang popular dalam kalangan pelancong dan pendaki juga ditutup kerana dilaporkan berlaku kejadian tanah runtuh.

sumber: wowberita

No comments