'Jika budak itu masih menjadi pilihannya, saya dan isteri pertama undur diri'
12 jam yang lalu, isteri keduanya mendakwa dia bersama dengan isteri pertama nekad untuk mengundurkan diri seandainya suami mereka masih bertegas mahu bersama dengan kanak-kanak terbabit.
"Alhamdulillah. Kesimpulan, isu ini hampir tamat. Keputusan saya dan isteri pertama, jika Ayu masih menjadi pilihannya, kami berdua akan undur diri," tulisnya.
Jelasnya, dia bersedia menghadapi apa yang bakal berlaku selepas itu kerana tidak mahu melihat anak mereka sengsara.
"Kami boleh jaga anak, tiada masalah langsung. Daripada jiwa anak-anak kami sengsara melihat kawan mereka sendiri menjadi mak mereka. Kami sebulat suara dan nekad dengan keputusan kami," tulisnya.
Di Facebooknya itu, isteri kedua juga meminta orang ramai tidak memarahi kanak-kanak terbabit yang tindakannya disifatkan sebagai pemikiran budak-budak.
Terdahulu, lelaki terbabit yang juga Peraih Getah mengeluarkan kenyataan bahawa dia nekad untuk tidak melepaskan isteri ketiganya itu. Malah mempertahankan tindakannya itu tidak bertentangan dengan agama kerana pernikahannya itu sah di sisi agama Islam.
Isteri ketiga juga mendakwa hubungannya dengan dua madunya itu semakin erat dan selalu berhubung melalui WhatsApp.
BERITA BERKAITAN:
- 'Walaupun ramai yang menentang, saya takkan lepaskan isteri ketiga'
- 'Saya takkan lepaskan isteri ketiga' - Lelaki nikah dengan budak 11 tahun pertahankan keputusannya
- 'Saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya' - Ayu tegaskan dia sayangkan suaminya
- 'Tiada guna perkahwinan in diteruskan' - Isteri pertama dan kedua nekad tuntut cerai dari suami kahwini budak 11 tahun
Sumber Viral Purba https://ift.tt/2lN0lY3

Post a Comment