Kerajaan kaji semula kaedah hapuskan hutang peneroka Felda
Kerajaan akan mengkaji semula kaedah dan insentif yang bersesuaian untuk menghapuskan hutang peneroka Felda bagi memastikan mereka tidak dibebankan dengan masalah kewangan yang berterusan.
Perkara ini dinyatakan dalam jawatan bertulis bagi menjawab soalan anggota parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang bertanya sejauh mana janji kerajaan untuk menghapuskan hutang tidak wajar yang dikenakan ke atas peneroka.
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berkata, pada masa ini hutang peneroka Felda terdiri daripada tiga kategori iaitu hutang pembangunan dan tanam semula, hutang baja dan hutang sosio ekonomi.
Menurutnya, pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil sepanjang tempoh lapan tahun yang berjumlah RM129,500 merupakan komponen utama kepada hutang peneroka.
Secara purata, baki hutang setiap peneroka adalah sekitar RM63,200 selepas mendapat hasil dari tahun pertama hingga tahun kelima dan selepas ditolak kos operasi serta pinjaman berkenaan.
“Jumlah hutang pembangunan dan tanam semula ini juga dikenakan faedah pada kadar 6.25 peratus setahun dengan kaedah baki berkurangan.
“Kadar faedah efektif (EIR) bagi tempoh 15 tahun bayaran kembali yang dikenakan adalah 3.8 peratus sahaja. Kadar faedah hanya dikira selepas tanam semula selesai dan hasil pokok telah stabil- biasanya pada tahun kesembilan umur pokok.
“Walaupun pihak Felda pernah melaksanakan penghapusan sebahagian hutang peneroka sebelum ini, kerajaan akan meneliti semula kaedah dan insentif yang bersesuaian dalam penghapusan hutang-hutang ini bagi memastikan peneroka tidak lagi dibebankan dengan masalah kewangan yang berterusan sebagaimana dijanjikan dalam manifesto kerajaan,” jelasnya.
Justeru itu, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan baru Felda untuk mengatasi kelemahan pengurusan operasi ladang peneroka agar lebih efisien dan produktif.
“Kerajaan seterusnya akan berbincang dengan kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi mendapatkan sumber dana yang sesuai seperti dana pembinaan jalan pertanian dan juga dana tanam semula bagi mengurangkan kos operasi ladang dan seterusnya meringankan beban peneroka.
“Kerajaan juga akan membuat kajian berkaitan bekalan baja dan lain-lain input pertanian bagi kebun-kebun peneroka untuk memastikan hasil kebun yang tinggi dan seterusnya mampu mengurangkan hutang peneroka,” jelasnya.
sumber: wowberita

Post a Comment