Header Ads

Kula Segaran harus disaman, derhaka kepada Raja-raja Melayu

SHAH ALAM – Selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi melibatkan Melayu, terdapat desakan agar Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran meletak jawatan kerana dianggap mencetuskan ketegangan antara kaum.

Namun, Pengerusi Biro Sosio-Budaya Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling merasakan Naib Presiden DAP itu bukan sahaja perlu meletakkan jawatan malah perlu disaman kerana melakukan penghasutan.

Malah, Zainal turut mendakwa Kula Segaran menuduh Raja-raja Melayu sebagai pendatang selepas Ahli Parlimen Ipoh Barat itu mengatakan orang Melayu merupakan pendatang di Malaysia.

“Bila dia (Kula Segaran) tuduh orang Melayu sebagai pendatang di alam Melayu, ia bermakna dia menuduh Raja-raja Melayu sebagai pendatang. Jadi dia perlu disaman kerana tuduh Raja-raja Melayu sebagai pendatang dalam wilayah negaranya sendiri.

“Kenyataan itu merupakan penghasutan dan penderhakaan kepada Raja-raja Melayu,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, meskipun Kula Segaran telah meminta maaf namun Zainal berpendapat Ahli Parlimen Ipoh Barat itu meminta maaf hanya kerana rasa bersalah selepas masyarakat menghentamnya.

“Jadi sekarang dia (Kula Segaran) rasa bersalah orang komen macam-macam, dia minta maaf. Saya lihat dia cuba nak mengulangi pandangan DAP terhadap orang Melayu, peling terkesan apabila dia tuduh orang Melayu sebagai pendatang.

“Kita nak dia faham bahawa orang Melayu ada di benua Cina, benua India, Melayu ada di mana-mana pun. Kalau tuduh Melayu pendatang di alam Melayu walau dari Bugis, Jawa, Filipina, Sumatera berpindah ke Tanah Melayu, itu bukan imigrasi tapi migrasi.

“Perpindahan dalam wilayah sendiri kita (orang Melayu) katakan perantauan. Kita tak gaduh, mana kita pergi pun tak mengapa sebab itu daerah kita. Jadi kita bukan imigran,” ujarnya.

Jelasnya lagi, orang Melayu bukanlah imigran seperti orang Cina serta India yang datang dari benua lain ke Wilayah Melayu kerana imigran seperti itulah yang dikatakan ‘pendatang’.

Dalam perkembangan berkaitan, Zainal merasakan perkataan ‘mereka’ yang digunakan Kula Segaran ketika berucap di Negeri Sembilan baru-baru ini merujuk kepada orang Melayu.

“Dia kata tak sebut Melayu tapi sebut mereka. Mereka itu siapa? Mesti ada objeknya. Mana boleh sebut mereka tapi kosong. Memang dia tuju kepada Melayu, siapa lagi.

“MPM sokong desakan supaya dia letak jawatan tapi lebih penting bukan hanya minta maaf tetapi dia perlu dikenakan hukuman sebagai penghasut dan penderhaka kepada Raja-raja kita,” katanya.

sumber: wowberita

No comments