Header Ads

‘Syarikat China bayar RM2.7b pada 1MDB tanpa balasan’

Pada 24 Ogos tahun lalu, Silk Road Southeast Asia Real Estate Ltd yang berpangkalan di China membayar 4.25 billion yuan (RM2.7 billion) kepada 1MDB, yang dikatakan bagi membeli tanah 234 ekar di Ayer Itam, Pulau Pinang.

Bagaimanapun, kerajaan Pulau Pinang membekukan tanah milik anak syarikat 1MDB, MyCity Ventures Sdn Bhd.

Ia menyebabkan pemindahan hak milik tanah kepada pembeli menjadi mustahil.

Anehnya, Silk Road tiada masalah mengeluarkan jumlah wang yang besar tanpa mendapat tanah itu, menurut jawapan bertulis Menteri Kewangan Lim Guan Eng kepada anggota parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai.

The Edge Financial Daily melaporkan timbul keraguan bahawa transaksi itu semata-mata pelindung (front) untuk mencuci pinjaman China Exim Bank yang dikatakan untuk membiayai projek saluran Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) bernilai RM9.4 bilion.

Sebelum ini, SSER dilapor membayar AS$2 bilion (RM8.13 bilion) atau 88 peratus dari nilai projek kepada kontraktor saluran, syarikat China, China Petroleum Pipeline Bureau, walaupun tidak sampai 15 peratus kerjanya selesai.

“Wang itu disyaki berasal dari projek yang dibiayai China Exim Bank sebelum bergerak ke Timur Tengah dan kembali ke Malaysia sebagai transaksi tanah itu, dan kemudian digunakan untuk membayar pinjaman AS$3.5 bilion Petroleum Investment Company (IPIC),” menurut laporan itu.

Untuk rekod, transaksi 24 Ogos untuk tanah 1MDB itu dibuat hanya enam hari sebelum 1MDB membayar bahagian pertama daripada penyelesaian AS$1.2 bilion dengan IPIC.

Bayaran penyelesaian itu berjalan pada 31 Julai tetapi 1MDB meminta lanjutan tempoh sebulan.

Ketika itu, perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak memberitahu parlimen bahawa penangguhan itu susulan isu “teknikal” dan bukan kerana 1MDB tidak mampu.

Memetik sumber yang mengetahui perkara itu, The Edge Financial Daily berkata disyaki kuat mempunyai kaitan dengan pengubahan wang haram.

“Kenapa kamu hendak belanjakan begitu banyak wang dan tidak minta pemindahan hak milik? Jawapan jelasnya kerana pengubahan wang haram.

“Syarikat China itu (Silk Road) tidak peduli dengan tanah itu kerana bukan wang mereka pun.

“Tiada bukti jejak wang di China tetapi ini agak jelas,” sumber itu dipetik sebagai berkata.

Sumber juga dilaporkan berkata Silk Road ada meminta pemindahan hak milik sebelum ini tetapi tidak mengambil tindakan susulan.

Sebelum ini, tanah itu juga dilaporkan susah dibangunkan.

Laporan itu menyebut kira-kira 1,200 hingga 1,400 penyewa telah tinggal di situ lebih 50 tahun dan kos memindahkan mereka akan menjadi sangat mahal dan memakan masa.

sumber: wowberita

No comments