Header Ads

Kontrak pada firma Mokhzani melalui tender terbuka, sebelum PRU14 – TM

Kontrak pemasangan dan pemulihan jalur lebar Telekom Malaysia (TM) yang dianugerahkan kepada firma milik Datuk Seri Mokhzani Mahathir, Opcom Holdings Bhd dilakukan melalui tender terbuka dan telah diputuskan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

TM berkata tender terbuka untuk kontrak Rakan Unifi itu bermula pada bulan Januari, dengan proses penilaian tamat pada bulan April.

“Lembaga pengarah TM meluluskan penganugerahan kontrak dalam mesyuarat yang diadakan pada 24 April,” kata syarikat itu.

Opcom semalam melaporkan kepada Bursa Malaysia bahawa ia telah menerima surat penganugerahan kontrak ‘Rakan Unifi’ bernilai RM11.16 juta pada 14 Mei, empat hari selepas bapa Mokhzani, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri.

TM berkata Opcom adalah antara 19 kontraktor yang dianugerahkan kontrak selama 17 bulan, bermula pada 2 Julai.

“Kami ingin menegaskan bahawa TM mempunyai proses pemerolehan yang mantap dan telus dan syarikat itu memepertahankan kod tingkah laku yang tinggi dalam tadbir urus korporat dan integriti, dan menambaik secara berterusan dalam mematuhi amalan terbaik industri.

“Kami komited untuk mengekalkan tahap integriti, ketelusan dan akauntabiliti tertinggi dalam menjalankan perniagaan dan operasi kami,” katanya.

Opcom ditubuhkan oleh adik Mokhzani, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini menjadi Menteri Besar Kedah.

Mukhriz memegang 25.2 peratus dalam saham syarikat berkenaan.

Menurut The Star, saham Opcom melonjak 135 peratus sejak Mei lalu.

sumber: wowberita

No comments