Header Ads

Maszlee syak ada naib canselor bocorkan maklumat kepada bekas bos

Menteri Pelajaran Maszlee Malik menimbulkan kecurigaan terjadap sesetengah naib canselor universiti tempatan yang didakwa membocorkan maklumat kepada ahli politik BN.

Maszlee berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas menteri pendidikan tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang mendakwa dirinya memberi amaran semasa perjumpaaan dengan semua naib canselor.

Beliau bagaimanapun menafikan dirinya mengeluarkan sebarang amaran dan mempersoalkan bagaimana Idris mengetahui mengenai mesyuaratnya itu.

“Pertamanya saya berasa pelik, bagaimana dia (Idris) tahu adanya meeting (mesyuarat)? Sudah tentunya beliau mendapat maklumat daripada naib-canselor yang masih berkomunikasi dengan beliau.

“Jadi ternyata naib canselor ini ada yang bekerja untuk kementerian ataupun bekerja untuk pembangkang? Jadi itu satu soalan yang besar,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Maszlee berkata mesyuarat berkenaan diadakan untuk membentangkan hala tuju kerajaan baru dan sistem pendidikan negara.

“Nyata mereka masih berhubung dengan mantan menteri dan pemimpin BN membuktikan mereka terlibat dengan (pihak) sana tetapi saya memberi amaran? Tidak ada.

“Cuma saya ada menawarkan kepada mereka supaya meletakkan jawatan tanpa mengambil tindakan jikalau mereka rasa tidak boleh melaksanakan agenda reform ataupun bersama-sama memacu perubahan di universiti awam untuk membawa agenda autonomi ataupun agenda perubahan secara menyeluruh,” katanya.

Maszlee juga menegaskan bahawa terdapat beberapa naib canselor secara terbuka berkempen untuk BN pada pilihan raya umum lalu dan menghukum pensyarah yang tidak berkongsi pandangan politik yang sama.

“Jadi untuk mereka tersebut, kita dapati mereka tidak dapat untuk mendukung agenda reform di universiti awam.

“Tapi saya yakin bilangan mereka ni tidak ramai. Ataupun mungkin ramai tetapi kita mempunyai laporan yang lengkap dan ramai lagi di antara naib canselor yang bersikap begitu professional dan malah ramai di antara mereka yang memang berterusan dan mereka tidak berpolitik,” katanya.

sumber: wowberita

No comments