Header Ads

'Nak beli barang berjenama, usaha lebih keras bukan beli barangan tiruan' - Neelofa

Fathia Latiff, Emma Maembong, Janna Nick, Aiman Tino antara artis yang dikesan memakai jenama tiruan yang didedahkan oleh sebuah akaun Instagram @streetwearbustamy menimbulkan pelbagai reaksi netizen di media sosial. 

Difahamkan, pendedahan itu dibuat berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik oleh artis-artis berkenaan di Instagram. 

Menurut pengendali akaun tersebut, golongan selebriti tidak sepatutnya memakai barangan jenama tiruan dan menyifatkan tindakan itu seperti menyokong produk palsu, selain tidak beretika dan menyalahgunakan harta intelek. 

Jelas pengendali akaun itu lagi, perbuatan itu sudah menjadi trend dalam masyarakat dan ia perlu dihentikan dari terus menjadi kebiasaan sehingga merugikan pemilik asal sesebuah jenama itu. 

Usahawan dan juga pelakon, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa turut meluahkan rasa terkilan dan kecewanya terhadap pengguna dan pembeli barangan tiruan. 

"Saya turut menghadapi masalah sama apabila tudung keluaran saya menjadi mangsa barangan tiruan. Lebih mengecewakan kerana tudung asli dijual pada harga mampu milik iaitu tidak melebihi RM100," katanya kepada mStar Online

Neelofa berpendapat, pembongkaran yang dilakukan oleh @streetwearbustamy penggunaan barangan tiruan dalam kalangan artis dan selebriti itu sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat. 

"Ini adalah masanya untuk kita motivasikan diri jika ingin mendapatkan barangan yang harganya terlalu tinggi. Usaha lebih keras supaya satu hari nanti kita mampu beli barangan yang diidamkan dan bukannya membeli barangan tiruan," katanya. 

Sumber Viral Purba https://ift.tt/2AFgLfI

No comments