Negara hilang RM30 bilion sejak Pakatan Harapan memerintah
KUALA LUMPUR – Negara kehilangan hampir RM30 bilion dana kerajaan sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara Mei lalu.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kehilangan tersebut termasuk daripada hasil cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang kini sudah dikadar sifarkan, kerugian pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), campur tangan politik dalam Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) serta pelabur asing yang ‘lari’ daripada pasaran saham negara.
“Bayangkan dalam satu hari campur tangan kerajaan terhadap Khazanah telah mengakibatkan kehilangan RM2 bilion. Kenyataan-kenyataan bersifat politik oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terhadap keadaan kewangan negara juga telah mengakibatkan pelabur asing hilang keyakinan dan negara hilang lebih RM11 bilion.
“Rakyat tidak sedar semua ini kerana mereka tidak diberitahu. Sebaliknya yang diuar-uarkan untuk menutup perkara ini adalah kutipan Tabung Harapan Malaysia sebanyak RM160 juta.
“RM160 juta rakyat beri kononnya untuk bayar hutang negara, tetapi kerajaan sekarang menyebabkan kehilangan hampir RM30 bilion. Kita kena bagi kesedaran ini pada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
sumber: wowberita

Post a Comment