'Setiap kali dia pakai baju tu, mesti kena kacau' - Terbeli baju bundle berhantu
Pakaian terpakai atau lebih sinonim dengan panggilan baju bundle dalam kalangan penggemar dan pengumpul barangan ini menjadi pilihan mereka kerana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran. Bukan sahaja harga yang murah, malahan kualiti baju bundle tersebut juga masih elok dan berkualiti.
Ada sesetengah penggemar bundle menganggap pakaian-pakaian bundle mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Jadi tidak hairanlah ada yang sanggup berbelanja sehingga ratusan ringgit untuk dijadikan koleksi.
Tetapi di sebalik pakaian bundle tersebut, ada kisah seram yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter. Kisah tersebut berlaku kepada kawannya. Kawannya yang dinamakan sebagai BB, telah diganggu oleh benda-benda aneh sehingga ibunya membawa dia berjumpa dengan seorang ustaz. Gangguan tersebut terungkai apabila dia mendapat tahu punca sebenar adalah dari baju bundle yang dibelinya!
ADA KE yang beli baju bundle? Aku selalu beli baju bundle sampai lah satu peristiwa ni terjadi dekat kawan aku.
So, ceritanya begini . Bagi aku agak seram lah jugak. Benda ni jadi dekat kawan baik aku. Aku namakan kawan baik aku ni Si BB. Si BB ni memang suka beli baju bundle. Mostly baju dia semua dia beli bundle.
Sampai lah satu hari ni, dia beli baju bundle dekat satu tempat ni. Baju tshirt kalau aku tak silap. Warna putih baju tu. Tapi, masa dia beli, dekat baju dia tu ada warna merah sikit-sikit macam tu lah tapi Si BB ni macam tak kisah lah benda boleh basuh.
Si BB balik lah. Balik tu dia basuh dulu baju bundle tu sebelum pakai . Lepas dah kering, Si BB tengok, yang merah-merah tu ada lagi.Tak hilang. So dia pun buat tak tahu sahaja lah. Esoknya, dia pakai baju bundle tu pergi lepak dengan kawan-kawan dia.
BB balik rumah dalam pukul 2 pagi macam tu. On the way nak balik, BB kena kacau. Dia kata dia nampak sesuatu. Nak dipendekkan cerita, setiap kali dia pakai baju tu, mesti kena kacau dan dia selalu bermimpi yang bukan-bukan sehingga dia demam. Dia cakap nampak pocong dekat sudut bilik dia.
So, dia cerita dekat mak dia. Mak dia bawak pergi jumpa ustaz. Mak BB tu suruh bawak sekali baju bundle tu. Mereka dua beranak pergi jumpa ustaz dekat area rumah mereka pergi berubat. Ustaz tu cakap ada "benda" ikut BB .
Apa kaitan baju bundle dengan si BB kena kacau dengan "benda" tu ?
Haaaa . Ustaz tu suruh bawak balik baju tu dekat owner. Sampai je kedai bundle tu, ustaz tanya owner dari mana beli baju yang Si BB beli tu .
Rupa-rupanya, baju Si BB beli tu, baju ORANG YANG MENINGGAL DISEBABKAN ACCIDENT. Patutlah Si BB tu pernah cakap dekat aku yang dia mimpi ada orang mintak tolong pulangkan balik "barang" dia. Tapi BB ni tak tahu apa benda maksud mimpi tu.
Macam mana si owner tu boleh beli baju tu? Owner tu tak beli tapi masa accident tu, dia ada di situ. Baju tu dia ambil then dia jual dekat kedai bundle dia.
Jadinya, Si BB , ustaz dengan owner bundle tu pergi balik dekat tempat accident tu buat benda apa yg patut .
Dah selesai semua, Si BB tu pun dah okey, dah tak kena kacau. Alhamdulillah. Based on apa yg aku cerita ni, nampak macam tak seram lah tapi masa si BB ni kena kacau, aku ada. So seram lah bagi aku.
So, kepada yang suka beli baju bundle tu, hati-hati lah lepas ni. Tanya dulu owner sebelum beli,bukan apa. Kalau kena kacau dengan makhluk halus ni boleh buat kita sakit. Hati-hati. Aku pun dah tak beli baju dekat bundle sebab kes Si BB ni lah.
Sumber: Hajarun
Sumber Viral Purba https://ift.tt/2O64fYr

Post a Comment