Header Ads

Tiga sekeluarga maut kereta bertembung lori pasir

KOTA TINGGI: Tiga maut, manakala seorang parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pasir di Felda Sungai Sayong di sini, pagi tadi.

Mereka yang maut dikenali sebagai Salihen Othman, 66; isterinya, Asnah Jalani, 82; dan adik kepada Asnah, Zarah Jalani, 72.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Shahrul Nizam Johari, berkata sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 10.44 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati lori pasir itu dalam perjalanan dari arah Bandar Tenggara ke Felda Bukit Besar, manakala kereta PERODUA Viva yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan sebelum bertembung di lokasi kejadian.

“Tiga mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita yang juga penumpang hadapan dan belakang meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara pemandu kereta berkenaan iaitu seorang lelaki parah dalam kemalangan ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan semua mangsa daripada kereta yang remuk itu.

“Pemandu lori pasir tidak cedera dan semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi tindakan lanjut,” katanya.

sumber: wowberita

No comments