India belanja RM4.12 bilion bina patung terbesar dunia
INDIA – Dua patung terbesar dunia bakal menjadi kenyataan di India ketika usaha sedang dilakukan bagi membinanya dengan belanja AS$1 bilion (RM4.12 bilion).
Kerja-kerja sedang berjalan bagi membina patung ikon kemerdekaan Sardar Vallabhbhai Patel di Gujerat setinggi 182 meter sekali gus mengatasi patung Buddha di China ketika ini yang setinggi 128 meter.
Kerja-kerja juga sedang berjalan bagi membina patung Raja Chhatrapati Shivaji abad ke-17 setinggi 212 meter dijangka siap pada 2021 yang pasti menguasai pemandangan di Mumbai.
Patung ikon kemerdekaan dan raja yang menunggang kuda serta menghunus pedang itu juga adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada ‘Statue of Liberty’ di Amerika Syarikat.
Seramai 2,500 pekerja termasuk beberapa ratus buruh China, bekerja siang dan malam bagi membina patung Patel supaya siap pada ulang tahun pemerintahan Perdana Menteri, Narendra Modi pada 31 Oktober depan.
Digelar sebagai ‘Patung Perpaduan’ memakan belanja AS$430 juta (RM1.775 bilion), ia terletak bertentangan dengan empangan Sardar Sarovar dan projek diilhamkan oleh Modi.
Pemimpin India itu menjangka patung berkenaan akan menarik kunjungan pelancong tanpa henti seperti juga ‘Statue of Liberty’ di New York.
Patel adalah timbalan kepada Perdana Menteri pertama India, Jawaharlal Nehru selepas mencapai kemerdekaan pada 1947 dan meninggal dunia tiga tahun kemudian.
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi berkata, adalah tidak adil namanya sering dibayangi dinasti Nehru.
Patel dikenali sebagai ‘Lelaki Besi India’ kerana berjaya memujuk selain menggunakan sedikit kekerasan supaya 550 negeri pimpinan keluarga diraja menjadi sebahagian India selepas India mencapai kemerdekaan dari Britain.
Pihak nasionalis India beranggapan bahawa adalah tidak adil apabila Patel diminta memberi laluan kepada Nehru, seorang tokoh sekular, untuk menjadi pemimpin pertama India.
Parti Kongres yang kini pembangkang juga mendakwa satu pelan untuk mengubah Muzium Peringatan Nehru di New Delhi kepada sebuah pusat maklumat semua Perdana Menteri India adalah cubaan mencemarkan nama Nehru. – AFP
sumber: wowberita

Post a Comment