Header Ads

Isteri CEO Cradle Fund direman bantu siasatan kes kematian suami

PETALING JAYA – Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Nazrin Hassan, yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu, ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh suaminya.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd. Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek yang berusia lingkungan 40-an.

Wanita itu yang juga Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, wanita yang memakai baju T berwarna hitam tiba di mahkamah pada pukul 11 pagi dan dia yang diiiringi anggota polis keluar dari bilik reman pukul 12.20 tengah hari.- UTUSAN ONLINE

sumber: wowberita

No comments