Header Ads

Kes Guan Eng, Phang takkan berjaya lepas bukti dilemahkan

PUTRAJAYA – Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria berpandangan, kes rasuah melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak akan berjaya pada akhir kes pendakwaan setelah meneliti keterangan-keterangan berdasarkan siasatan.

Katanya, beliau sebelum itu telah meneliti keterangan-keterangan berdasarkan penyiasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga saksi-saksi.

“Saya membuat kesimpulan bahawa hasil pemeriksaan balas yang dilakukan terhadap saksi-saksi pendakwaan, keterangan yang menyokong pertuduhan pertama dibawah seksyen 23 Akta SPRM dan pertuduhan kedua di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan telah dilemahkan secara substantif.

“Kesimpulan ini dicapai berdasarkan keterangan baharu yang timbul semasa pemeriksaan balas terhadap saksi-saksi pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Hanafiah menjelaskan, keputusan ‘nolle prosequi’ (pihak pendakwaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan) berhubung pertuduhan terhadap Guan Eng dan Phang Li Koon telah dibuat tanpa sebarang penglibatan oleh Peguam Negara.

Perkara itu kata beliau, pernah dijelaskan dalam kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan pada 2 Ogos lalu oleh Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek dan Peguam Cara Negara II, Datin Paduka Zauyah Be Loth Khan yang mana.

Kenyataan tersebut tambahnya, telah memaklumkan bahawa Peguam Negara telah menarik diri daripada semua perbincangan berkaitan dengan kes tersebut dan tidak akan terlibat dalam membuat sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh Jabatan Peguam Negara. – UTUSAN ONLINE

sumber: wowberita

No comments