'Penunggang basikal hanya bertindak mempertahankan diri' - Polis
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.37 malam Isnin lalu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemandu BMW cuba memasuki laluan khas untuk penunggang basikal, kerana mahu melanggar lampu isyarat merah.
Bagaimanapun, penunggang basikal, Yu Haiming, 41, enggan memberikan laluan menyebabkan Long Ge atau nama sebenar, Liu Hailong, 36, berang lalu keluar dari kereta dan menyerang mangsa.
Long Ge kemudian kembali ke kereta untuk mengambil pedang dan terus meluru melibas Yu beberapa kali, namun berjaya dielakkan.
Malangnya, ketika bergelut, Long Ge secara tidak sengaja terlepas pedang di tangannya menyebabkan Yu terus mengambil senjata itu dan menetak Long Ge di bahagian perut.
Long Ge yang terjatuh bangun semula berlari ke keretanya, tetapi sempat ditetak Yu sebanyak empat kali.
Selepas itu, Long Ge terbaring di sebuah padang rumput berhampiran dan mengalami pendarahan teruk di bahagian perut dengan ususnya yang sudah terburai.
Yu kemudian menghubungi pihak polis kerana bimbang Long Ge akan mendapatkan bantuan dari rakan-rakannya.
Apabila polis tiba di lokasi kejadian, Yu menyerahkan pedang dan telefon bimbit yang digunakan. Kedua-dua mereka dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Yu mengalami kecederaan di bahagian muka, manakala Long Ge gagal diselamatkan oleh doktor kerana kecederaannya yang serius.
Kejadian itu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial negara itu sama ada tindakan Yu itu dianggap sebagai mempertahankan diri atau membunuh dengan niat.
Pihak polis kemudian mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu dan mengesahkan tindakan Yu itu adalah satu tindakan untuk mempertahankan dirinya dan tidak akan didakwa.
Berdasarkan laporan polis, Yu telah menetak Long Ge lima kali yang menyebabkan kecederaan pada abdomen, dada, bahu, siku dan punggung. Namun, kecederaan di bahagian perutnya yang menjadi punca kematian Long Ge akibat kehilangan banyak darah.
Kenyataan polis itu menggembirakan seluruh rakyat di negara itu yang menganggap keadilan telah berjaya ditegakkan.
BERITA BERKAITAN:
Sumber Viral Purba https://ift.tt/2PwHVYD

Post a Comment