Selangor akan nilai semula kadar tarif dan program air percuma
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan semula berhubung tarif air serta pemberian air percuma di negeri ini.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, penilaian itu harus dibuat agar ia tidak membebankan rakyat serta kerajaan negeri pada masa akan datang.
Beliau berkata, bagaimanapun perkara tersebut akan dinilai semula pada satu masa yang sesuai.
“Matlamat penstrukturan air ini adalah untuk ambil operasi rawatan dan pengagihan bekalan air dari syarikat konsesi sedia ada.
“Jadi bila tiba masa yang sesuai kita akan lihat semula perkara ini dan ia akan mengambil kira kemampuan rakyat,” katanya menjawab soalan dari Lau Weng San (DAP-Banting).
Amirudin (PKR-Dusun Tua) bagaimanapun menegaskan buat masa ini, kerajaan negeri akan meneruskan pemberian air percuma dan tidak akan menaikkan tarif air.
Penstrukturan air Selangor yang tertangguh lebih 10 tahun akhirnya menemui penyelesaian selepas termeterai persefahaman tawaran harga antara Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dengan Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) pada 3 Ogos lalu.
Nilai pengambilalihan Splash yang ditawarkan berjumlah RM2.55 bilion bersamaan diskaun sebanyak 28 peratus berdasarkan nilai buku bersih Splash pada 30 Jun lalu iaitu sebanyak RM3.54 bilion.
Pengambilalihan Splash turut menyaksikan Air Selangor muncul sebagai syarikat tunggal menjalankan proses, merawat dan mengagih air menjelang tahun depan.
Pengambilalihan itu juga tidak membabitkan apa-apa peruntukan kewangan dari dana kerajaan negeri Selangor.
sumber: wowberita

Post a Comment