Header Ads

Yusuf Haslam sahkan Munafik 3 ke pawagam dua tahun lagi

FILEM seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof terus mendapat sambutan hangat di pawagam apabila berjaya mengutip lebih RM21 juta dalam tempoh hanya empat hari tayangan.

Baca: Empat hari tayangan, Munafik 2 kutip RM21.6 juta

Susulan kejayaan besar filem tersebut, penerbitnya Datuk Yusof Haslam mengesahkan sekuel Munafik 3 bakal ditayangkan dua tahun dari sekarang.

Menerusi video berdurasi seminit yang dimuat naik di laman Instagram rasmi Munafik 2, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan yang menonton filem itu.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada penonton yang menonton filem Munafik 2 kerana anda semua memberikan sokongan padu kepada filem ini.

“Jangan lupa saksikan terus filem Munafik 2 dan jangan lupa tunggu Munafik 3 dua tahun daripada sekarang,” katanya.

Filem Munafik 2 terbitan Skop Productions mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Ogos lalu dan turut ditayangkan di Brunei serta Singapura.

Antara bintang utama membintangi filem ini termasuk Maya Karin, Nasir Bilal Khan dan Datuk Fizz Fairuz.

sumber: wowberita

No comments