Header Ads

“Dia Lebih Kreatif,”- Suami Ayu Damit Jadi Stylist Untuk Styling Tudung, Patutlah Isteri Nampak Lawa!

Dikenali menerusi program realiti One In Million (OIAM), penyanyi Ayu Damit mula mengenakan hijab pada Jun 2015. 

Menariknya, setiap fesyen dan penggayaan yang dikenakan Ayu dalam mana-mana majlis terletak di hujung jari suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin. 

Ayu ketika ditemui dalam majlis Pencarian Model Miss Pink Lady pada Jumaat lepas berkata, Syed merupakan tulang belakang baginya dalam penggayaan tudung.

“Dari mula berhijab sampi  sekarang dia (suami) akan pakaikan sebab dia lebih teliti nak jadikan tudung tu sesuai dengan bentuk muka,” kata Ayu.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit menjelaskan bahawa kreativiti dan idea yang terhasil dari suaminya adalah sumber dari fesyen para selebriti yang lain.

“Dia dapat inspirasi dari apa yang artis lain pakai macam Neelofa, Emma Maembong dan artis berhijab lain,” jelas anak kelahiran Sabah itu.

“Bukan saya tak pandai nak gaya tudung, cuma dia lebih details nak lipat dan gayakan tudung tu supaya jadi lebih menarik. Saya tahu pakai, tapi sekadar gaya biasa sahaja,” kata Ayu berseloroh.

Terdahulu, program yang diadakan di Kafe Sudirman Hotel EDC itu menampilkan enam pencarian model yang bakal merangkul gelaran juara Miss Pink Lady dan membawa hadiah bernilai RM10,000. 

Penonton siaran langsung Miss Pink Lady  bermula pada 1 Disember depan jam 9.00 malam dan ia boleh ditonton menerusi youtube  Pink Lady TV, Facebook dan Instagram.

12 wanita terpilih dalam program terbitan iCube Studio itu akan ditempatkan di dalam sebuah banglo dan diberi tugasan untuk dinilai daripada pelbagai sudut.

Barisan 10 peserta terpilih ialah Shazreen, Hafsah, Sakina, Tasha, Alvina, Tamii, Arveina, Adeline, Fifi dan Nashra sementara dua lagi finalis akan diumumkan kemudian.

The post “Dia Lebih Kreatif,”- Suami Ayu Damit Jadi Stylist Untuk Styling Tudung, Patutlah Isteri Nampak Lawa! appeared first on Media Hiburan.

sumber Media Hiburan https://ift.tt/2T5CSkC

No comments