Header Ads

[GAMBAR] Tunku Tun Aminah Melawat Zaibo, Kongsi Lakonan Bintang Veteran Berkenaan Bersama Suami Tersayang

Anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkenan melawat pelakon veteran dan pelawak, Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid di kediaman pelakon berkenaan di Batu Pahat, semalam.

Tunku Tun Aminah berkenan melawat pelawak tersebut selepas membaca kisahnya di media.

Difahamkan, Puteri Johor itu turut memberikan kata-kata semangat kepada Zaibo.

Tunku Aminah berkongsi pernah menonton sitkom Under One Roof yang dilakonkan pelakon itu.

“Saya pernah menonton ‘Under One Roof’ semasa membesar. Saya memberitahu suami saya betapa lucu anda dan menunjukkan kepadanya video anda,” ucap Tunku Tun Aminah.

Turut hadir adalah suaminya, Dennis Muhammad Abdullah serta wakil dari Yayasan Kanser Laksamana Johor yang turut memberikan sokongan moral kepada pelakon tersebut.

Sebelum ini, bintang berusia 62 tahun ini dilaporkan menghidap kanser esofagus, September lalu.

Foto-foto tersebut juga kini mulai viral di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Sementara itu, ramai yang memberikan kata-kata sokongan buat pelawak yang pernah popular dengan sitkom Spanar Jaya itu.

Tidak kurang juga mereka yang memuji keprihatinan hati Tunku Tun Aminah yang berkenan melawat Zaibo malah kelihatan turut bersedih.

Apa-apapun, kita doakan semoga kesihatan Zaibo beransur pulih!

Foto/Facebook: The Royal Johor

The post [GAMBAR] Tunku Tun Aminah Melawat Zaibo, Kongsi Lakonan Bintang Veteran Berkenaan Bersama Suami Tersayang appeared first on Media Hiburan.

sumber Media Hiburan https://ift.tt/2QIW5Hf

No comments