Header Ads

'Selagi pelaku tidak dihukum, saya takkan berasa tenang' - Ibu Zara

"Penderaan itu terlalu kejam kerana anak kecilnya tidak tahu apa-apa dan tidak bersalah. Penderaan yang dilakukan terlalu berat dan tidak masuk akal.

"Saya mahu individu yang melakukan perbuatan terhadap anak saya dikenakan hukuman berat.

"Tidak pernah terfikir anak saya akan diperlakukan seperti ini. Selagi pelaku itu tidak dihukum, selagi itu hati saya tidak tenang. Namun, saya reda dengan pemergiannya,” kata Noraihan Ab Aziz, 22, ibu kepada bayi berusia 11 bulan yang maut dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuhnya.

Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau nama manjanya, Zara disahkan meninggal dunia Jumaat lalu, selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik dirujuk ke Hospital Serdang, di sini, Rabu lalu.

Noraihan berkata, dia dimaklumkan oleh polis bahawa suami pengasuh berusia 36 tahun itu menjaga anak perempuannya sepenuh masa sejak dihantar di bawah jagaan isteri lelaki terbabit yang berusia 28 tahun, 21 September lalu.

"Sebelum ini saya tidak bekerja, namun saya mendapat kerja di sebuah kilang di Bangi. Saya terpaksa menghantar anak ke rumah pengasuh kerana mahu bekerja disebabkan ekonomi tidak stabil dan mahu membantu kewangan suami.

"Saya mengenali pengasuh melalui Facebook. Dia menghubungi saya menerusi WhatsApp memaklumkan berminat untuk menjaga anak sulung, Muhammad Alif Zamani berusia lima tahun dan Zara dengan bayaran RM550 setiap seorang dari jam 7 pagi hingga jam 7 malam.

"Seminggu sebelum menghantar anak kepada pengasuh, saya bertemu dengan pengasuh itu di rumahnya tidak jauh dari rumah kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

"Ketika itu, dia memaklumkan akan menjaga anak saya seperti anaknya sendiri memandangkan dia sendiri mempunyai anak lelaki berusia satu tahun lapan bulan, namun lain pula jadinya.

"Saya tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh, bukan wanita itu sendiri.

“Polis memaklumkan sepanjang tempoh saya menghantar anak di bawah jagaan pengasuh, Zara dijaga sepenuh masa oleh suaminya kerana lelaki itu beranggapan isterinya seorang yang lembab membuat kerja," katanya.

Noraihan memaklumkan pernah bertemu suami pengasuh itu yang dilihat seperti individu normal namun riak mukanya kelihatan garang.

"Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan lelaki terbabit ketika membayar wang upah menjaga anak di rumahnya pada 31 Oktober lalu. Jika dilihat pada luaran, dia kelihatan seperti individu normal lain," katanya.

Noraihan berkata, dia menyedari ada kesan lebam pada lengan, paha dan dahi anaknya dua minggu lalu. Tetapi pengasuh memaklumkan kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya. Bibir dan gusi Zara yang mula membengkak pula dikatakan kerana Zara tidak mahu menyusu dan kerap menangis. 

Melihat pada keadaan Zara seperti itu, Noraihan tidak menghantarnya ke rumah pengasuh dan kedua-dua anaknya dihantar ke rumah kakaknya di Klang. Namun Zara kerap menangis, menyebabkan Noraihan tidak mempunyai pilihan terpaksa dihantar semula ke rumah pengasuh terbabit pada Rabu lalu. 

"Sebelum kejadian, kira-kira jam 9 pagi (Rabu lalu), saya sempat menghantar mesej menerusi WhatsApp bertanya mengenai keadaan Zara. Pengasuh memberitahu Zara tidak meragam apabila bersamanya, namun dia menangis apabila melihat suaminya.

"Saya tidak menyangka mendapat panggilan daripada doktor di Hospital Serdang kira-kira jam 3 petang memaklumkan anak dalam keadaan tenat. Saya dimaklumkan dia dihantar ke hospital itu oleh pengasuh dan suaminya selepas Zara dikatakan tercekik epal," katanya.

Noraihan dimaklumkan oleh doktor bahawa terdapat kecederaan pada tempurung kepala Zara yang dikatakan pecah dengan lebam di bahagian tersebut. Hasil bedah siasat mendapati tiga bahagian pada kepala mangsa retak, selain tisu pada kemaluan dan duburnya koyak dipercayai akibat dirogol. 

Menurutnya, dia dan suami, Muhammad Zainal Abd Rahman, 27, sebelum ini bercadang mencari pengasuh lain kerana anak bongsu daripada dua beradik itu seakan-akan tidak mahu tinggal 
di rumah pengasuh berkenaan.

Katanya, hasrat mereka mencari pengasuh lain terpaksa dilakukan pada cuti hujung minggu kerana kekangan masa tetapi tidak sempat berbuat demikian apabila anak tersayang meninggal dunia.

"Setiap kali hantar anak ke rumah pengasuh, dia sering menangis dan dua minggu lalu selama dua hari berturut-turut keadaan badan anak lebam di dahi dan kedua-dua tangan.

"Keadaan itu membuatkan saya tidak sedap hati tetapi tiada pilihan kerana sukar mencari pengasuh lain," katanya.

Katanya, kematian Zara menyebabkannya tidak senang duduk setiap kali mengenangkan perbuatan durjana dilakukan terhadap anaknya.

Menurut Noraihan, berbanding anak sulungnya tidak pernah mengalami kecederaan, malah tidak pernah menceritakan apa-apa ketika berada di rumah pengasuh dan hanya pada hari kejadian anak memberitahu adiknya tercekik epal.

"Anak sulung amat rapat dengan Zara dan sering bertanya kenapa adiknya masuk dalam kubur.

"Saya tak tahu nak jawab apa kerana anak sulung menganggap adiknya sedang tidur," katanya memaklumkan Zara selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Gong, Kelantan, jam 7.50 pagi kelmarin.

Difahamkan, suami pengasuh terbabit sudah ditahan sebaik memberi keterangan mengenai kejadian itu di Balai Polis Kajang, Khamis lalu. - Harian Metro

BERITA BERKAITAN:

Sumber Viral Purba https://ift.tt/2FkCSdt

No comments