Header Ads

“Tidak Mencarut Dalam Artifisial Tapi Saya Akui Ada Bait Lirik Yang Boleh Timbulkan Kontroversi Seperti Puting Dan Pondan – Waris

Meski sudah memberikan pejelasan, namun masih ada segelintir netizen yang seakan tidak senang dengan single terbaru penyanyi Waris yang dikatakan tidak prihatin terhadap sensitiviti.

Tidak mahu melatah dengan isu berkenaan, penyanyi dan rapper itu bagaimanapun sekali lagi cuba memberikan penerangan secara lebih jelas mengenai Artifisial yang menurutnya, ia membawa maksud tidak asli, tiruan atau palsu.

“Ini merujuk kepada golongan palsu yang kononnya tahu hip hop tetapi sebaliknya tidak. Saya tidak mencarut dalam Artifisial tapi saya akui ada bait-bait lirik yang boleh timbulkan kontroversi seperti puting dan pondan.

”Kepada golongan berkenaan (pondan), janganlah terasa sebab lirik ‘baik kau buat implan sebab rap macam pondan’ itu adalah kiasan saya menyindir rapper yang bawa irama hip hop.

“Lirik ini merujuk kepada sesuatu yang palsu atau bukan yang asli. Berbeza dengan  irama hip hop, lebih menceritakan sesuatu yang realiti atau yang benar. Jadi bila ada sesetengah golongan yang menganggap diri mereka kononnya hebat atau arif pasal irama hip hop, padahal hakikatnya mereka tidak seperti yang didakwa.

“Inilah saya maksudkan golongan hip hop yang palsu atau tiruan. Bukanlah dari jiwa mereka,” katanya kepada MH.

Malah, Waris turut menyifatkan lirik-lirik menerusi lagu tersebut juga memerlukan pemahaman yang lebih daripada para pendengar.

Ditanya mengenai bait lirik iaitu ‘Baik balik rumah isap mak kau punya puting’, ada yang dakwa ia berbaur lucah. Bagaimanapun, katanya lirik berkenaan membawa maksud tersirat iaitu seseorang yang tidak memberi apa-apa kepada industri tetapi sibuk mahu komen pelbagai isu.

“Mereka asyik salahkan industri dan orang lain tanpa melihat apakah sumbangan dirinya terhadap industri.

“Jadi saya anggap mereka ini budak kecil yang tiada ilmu, ibarat budak yang masih menyusu Mereka tidak tahu apa-apa. Kalau dah tak tahu apa-apa tu, janganlah nak komen lebih-lebih.

“Sikap ini juga adalah perangai keyboard warriors atau netizen yang hanya tahu komen dan hentam macam-macam, tapi mereka tidak tahu apa-apa pun. Lagu ini juga adalah salah satu cara saya menegur netizen atau sesiapa yang tidak tahu pasal hip hop dan industri, tapi hanya tahu komen dan kritik tanpa ada ilmu, tahu menghukum saja,” kongsi Waris lagi.

Terdahulu, Waris atau nama sebenarnya, Muzzammil Alias ditemui ketika terlibat di dalam Konsert Evolusi PJ, pada Sabtu.

Turut sama terlibat di dalam konsert yang bermula sekitar jam 8.00 malam itu ialah Ara Johari, Akim And The Majistret dan XPDC.

Memasuki edisi keenamnya, International Folklore Festival 2018 atau lebih sinonim dengan panggilan Karnival Petaling Jaya (PJ Fair) diadakan di Dataran Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall sementara stesen radio Selangor FM pula dipilih sebagai penyiar rasmi festival terbabit.

Jom ikuti sedutan artis membuat persembahan yang menerusi FB Live MH

Power giler kot AKIM AND THE MAJISTRET di konsert Evolusi PJ 2018 yang berlangsung di Dataran PJ sekarang gais!

Posted by MEDIA HIBURAN on Saturday, 10 November 2018

Foto: Instgram Waris

The post “Tidak Mencarut Dalam Artifisial Tapi Saya Akui Ada Bait Lirik Yang Boleh Timbulkan Kontroversi Seperti Puting Dan Pondan – Waris appeared first on Media Hiburan.

sumber Media Hiburan https://ift.tt/2PnmEF8

No comments