“Awak cemburu dengan saya ke?” – Tun Dr. Siti Hasmah buka cerita di sebalik, adegan berpegangan tangan Putin dan Imran Khan
Isteri perdana menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, sememangnya terkenal dengan sifat keibuan dan penyayang. Terkadang aksi comelnya mencuit hati rakyat dengan senyuman yang menawan.
Baru-baru ini tular foto dan rakaman video, Tun Dr. Siti Hasmah memegang tangan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan. Foto tersebut telah menjadi perhatian rakyat Malaysia, yang menyifatkan aksi isteri Tun Dr. Mahathir sebagai comel.
Di sebalik kisah foto tersebut, Tun Dr Siti Hasmah telah membuka cerita tentang kejadian beliau memegang tangan dua individu tersebut.
Pada mulanya Tun Dr. Siti Hasmah berseloroh, apabila bercerita bahawa menantunya berkata adakah ibu mertuanya cuba menggoda Putin dan Imran? Namun usikan itu hanyalah dianggap sebagai jenaka.
Wanita pertama negara itu telah berkongsi cerita mengenai lawatan Vladimir Putin yang telah mengunjungi kediaman mereka semasa lawatan ke Malaysia. Ujarnya, “Putin seorang pemimpin ternama di dunia datang ke rumah kami.”
Bercerita tentang Presiden Rusia itu, beliau bercerita kunjungan Putin disifatkan istimewa kerana di saat mereka dipinggirkan dan tidak diundang ke mana-mana majlis rasmi sebelum ini, Putin sudi menggunjungi mereka.
Putin sendiri berkata, dia mahu melihat Dr. Mahathir. Jadi Dr. Mahathir pergi ke hotel untuk berjumpa, tetapi Putin berpendapat, walaupun sudah berjumpa di hotel, dia mesti datang ke rumah kami. Bagaimana perasaan anda apabila seorang yang terkenal seperti Putin, datang ke rumah anda?
Kunjungan Presiden Rusia dengan ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah menyifatkan isteri Vladimir Putin sebagai seorang wanita yang sangat baik. Beliau juga bercerita, Putin membalas dengan mempelawa mereka ke rumahnya apabila dia dan Dr. Mahathir berkunjung ke Moscow.
Bercerita mengenai saat pertemuan mereka ketika di Sidang Kemuncak Asean di Singapura November lalu, Siti Hasmah berkata Putin berkeras mahu bertemu mereka di sana, dan bukannya di Papua New Guinea ketika mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) berlangsung, kerana akan ada lebih banyak masa untuk berbual.
Dia tinggal di hotel yang sama dengan kami. Selepas berjabat tangan dan berjumpa dengannya, kami sudah tentu mahu mengambil gambar dengannya bukan?
Ketika bergambar, Tun Dr. Siti Hasmah menjelaskan dia perlu memegang tangan seseorang. Oleh itu, beliau perlu memegang tangan Presiden Rusia itu.
“Mengapa awak iri hati? Apa salahnya,” katanya disambut tawa.
Ketika ditanya wartawan tentang kehadiran Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan baru-baru ini, Tun Dr. Siti Hasmah menjelaskan pertemuan ketika makan tengah hari di kediaman Seri Perdana diadakan dengan sangat mesra antaranya dengan isteri Imran Khan.
Selepas selesai sesi bergambar, suaminya Tun Dr. Mahathir meminta untuk diadakan satu sesi bergambar, dan apabila mereka mengambil tempat, saya bertanya kepada Imran untuk memegang tangannya, dan Imran memberi keizinan.
Jadi saya pegang tangannya. Saya pegang tangannya kerana dia seorang lagi anak yang ternama yang datang ke rumah kami. Apa salahnya? Awak cemburu?” katanya, yang memecahkan tawa ramai.
Menjelaskan situasi yang berlaku, Tun Dr. Siti Hasmah juga memberitahu hadirin bahawa dia sebenarnya tidak dapat melihat wajah mereka dengan jelas, kerana penglihatannya yang semakin lemah.
Sumber : Portal Free Malaysia Today
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment