“Kalau tak pakai heels, bukan Che Ta namanya…” – Rakan baik tampil pertahankan penampilan Rozita Che Wan ke stadium
Pada sabtu lepas, penampilan selebriti Rozita Che Wan yang memakai kasut tumit tinggi, mengenakan solekan make-up tebal, serta memakai bulu mata palsu ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan bola piala AFF telah dikritik hebat netizen.
Netizen menyifatkan penampilan Che Ta pada malam tersebut sebagai tidak sesuai, memandangkan selebriti itu hanya ke stadium dan bukannya ke shopping mall. Kritikan daripada netizen telah dibalas oleh rakan baik Che Ta iaitu Anas Zahrin melalui satu muat naik gambar di Instagram.
Menurut founder butik AnnasEaskey itu, kepada siapa yang mengenali Rozita Che Wan pastinya mengetahui bahawa selebriti itu amat sinonim dengan penampilan yang glamor.
Oleh itu, penampilan Che Ta pada malam itu bukan perkara yang pelik, memandangkan ia adalah Che Ta. Annas juga menambah bahawa selebriti itu adalah penyokong kuat pasukan bola Malaysia, dan dia juga turut sama menyanyi, menjerit dan melompat menyokong pasukan Malaysia walaupun memakai kasut bertumit tinggi.
Kenyataan daripada rakan baik Rozita Che Wan itu telah disokong oleh netizen yang menyifatkan selebriti itu sentiasa berpenampilan cantik, jadi ia bukanlah perkara pelik yang perlu dipertikaikan oleh netizen.
Sumber : IG Anaszahrin
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment