Style rambut terbaru blonde Zizan disamakan dengan Beyonce buat netizen geli hati
Pengacara dan pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak baru-baru ini dilihat sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya yang akan dilancarkan pada tahun hadapan. Filem yang turut dibintangi pelakon wanita sensasi, Zahirah Mcwilson ini berjudul Bulan dan Pria Terhebat.
Namun dalam pada masa yang padat dan sibuk menjalani penggambarannya, pelawak ini masih sempat menghiburkan hati para pelakon dan staf di set. Zizan telah mengenakan rambut palsu milik pelakon Khir Rahman dan membuatkan semua yang ada di set geli hati dengan penampilannya.
Ekoran itu foto-foto dirinya tersebut telah dimuat naik di laman Instagram miliknya dan membuatkan pengikutnya . juga terhibur.
Namun setelah beberapa jam gambar solo itu dimuat naik, ada netizen yang membandingkan Zizan dengan penyanyi selebriti antarabangsa terkenal, Beyonce. Kata netizen, penampilan Zizan apabila mengenakan rambut palsu tersebut kelihatan seiras dengan penyanyi itu.
Ekoran itu, Zizan telah memuat naik gambar yang telah diedit dan dihantar kepadanya. Ternyata gambar Zizan dengan rambut palsu itu kelihatan sama dengan rupa Beyonce.
Beserta foto itu Zizan turut menulis kapsyen yang mencuri tumpuan pengikut,
Lahanat mana yang samakan muka aku dengan Beyonce ni? Nasib aku duk Malaysia kang kalau duk U.S tak pasal pasal aku kene layan Jay Z tiap tiap malam Jumaat. Aduih yang tukang edit pun agak agak la.
Sumber : IG Zizan Razak
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment