Header Ads

Nyanyian comel Yusuf Iskandar, bikin peminat jatuh hati

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha merupakan antara pasangan artis yang kerap memuat naik telatah comel anak mereka Yusuf Iskandar di Instagram. Yusuf yang kini berusia hampir tiga tahun dilihat semakin bijak dan petah bercakap.
Keletah Yusuf yang comel dan mencuit hati sering dikongsi Hairul dan Hanis di Instagram mereka untuk tatapan peminat.
Menerusi muat naik di Instagram, Hairul telah berkongsi satu video nyanyian Yusuf Iskandar sambil diiringi petikan gitar olehnya.
Yusuf Iskandar dilihat begitu gembira menyanyi bersama ayahnya sambil memandang kamera.
Pelakon filem Paskal itu juga telah  meminta netizen untuk menamakan tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Yusuf menerusi status muat naik tersebut.
Keletah Yusuf yang comel itu telah menarik ramai peminat untuk memberikan komen di Instagram Hairul. Rata-rata berasa terhibur melihat nyanyian Yusuf Iskandar yang begitu ceria.
sumber : ohmymedia.cc

No comments