Header Ads

Setelah lama mendiamkan diri, suami King Coco buka mulut pasal penceraiannya

Baru-baru ini, berita penceraian suami kepada King coco dengan isteri pertamanya telah bertiup kencang, apabila bekas isterinya dilihat memuat naik status dirinya sebagai ibu tunggal.
Namun, suami King Coco Azrin Anas atau lebih dikenali sebagai Capt. Azrin seakan mendiamkan diri. Punca penceraiannya dengan isteri pertama juga masih tidak diketahui.
Selepas khabar angin  mengenai perpisahan Capt. Azrin dan bekas isterinya mulai dihidu netizen di media sosial, suami kepada Instafamous tersebut telah tampil menjelaskan perkara sebenar.
Hal ini bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan, apabila netizen seakan menyalahkan King Coco sebagai punca kepada penceraian pertamanya.
Menurut Capt. Azrin, dia dan isteri pertamanya sudah pun bercerai secara rasmi pada awal bulan Oktober 2018. Namun begitu, dia mengakui bahawa tidak pernah terlintas difikirannya untuk menceraikan bekas isterinya itu.
Tambahnya lagi, sebelum berpisah mereka telah berbincang dengan ibunya terlebih dahulu tentang hala tuju hubungan mereka. Selepas persetujuan dicapai, bekas isterinya yang dikenali sebagai Nor Azura binti Usman telah menfailkan penceraian.
Mereka telah berpisah secara baik dan Capt. Azrin mengakui bahawa berkemungkinan besar penceraian yang berlaku disebabkan kekhilafannya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada anak-anak mereka.
Namun begitu, hubungan Capt. Azrin dengan bekas isterinya masih kekal baik, walaupun sudah tidak bergelar pasangan suami isteri. Ia bertujuan untuk menjaga hubungan bersama anak-anak.
Capt. Azrin menjelaskan bahawa dia dan bekas isterinya masih berkawan. Mereka berdua redha dan menerima setiap ketentuan Ilahi dengan hati yang terbuka.
Jelasnya lagi, punca perpisahan antara dia dan isteri pertamanya tidak ada kena-mengena langsung dengan isteri keduanya, King Coco. Capt. Azrin turut meminta netizen menghentikan segala tohmahan terhadap isterinya itu.
sumber : ohmymedia.cc

No comments