Tersilap gelar Ayahanda Sultan Pahang ‘almarhum’, wartawan Media Prima tampil mohon maaf
Semalam, telah diadakan mesyuarat raja-raja bagi pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan dihadiri oleh semua raja-raja Melayu kecuali Sultan Kelantan.
Ketibaan raja-raja Melayu ke Istana Negara telah dirakam secara langsung oleh pihak media bagi tatapan para penonton.
Namun begitu, menerusi satu sedutan video yang dimuat naik oleh Instagram Sarawak Aritok, seorang wartawan daripada Media Prima Ridhuan Hussain telah tersilap menyebut nama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatullah Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Namun, wartawan tersebut telah tersasul menyebut ‘Almarhum’ pada nama KYDMM. Gelaran ‘Almarhum’ hanya digunakan apabila kerabat diraja itu sudah mangkat sahaja.
Kesilapan Ridhuan yang sedang melakukan stand upper secara live di TV9, telah mendapat kecaman daripada netizen dan telah ditegur oleh seorang bekas wartawan TV3, Saiful Nizam Ismail.
Menyedari kekhilafan yang dilakukan, Ridhuan Hussain telah membuat permohonan maaf menerusi Facebook miliknya pada hari yang sama. Ridhuan telah memohon keampunan kerabat Sultan Pahang dan seluruh rakyat negeri tersebut atas keterlajuran yang dilakukan.
Dia juga mengakui bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan olehnya, dan menegaskan kesilapan tersebut tidak ada kena-mengena dengan mana-mana siaran televisyen ataupun saluran media.
Merujuk kepada gambar serta post berkenaan, saya mengakui akan kesalahan yang telah saya lakukan ketika lintas langsung…Posted by Ridhuan Hussain on Wednesday, January 23, 2019
Rata-rata netizen di Facebook memuji tindakan wartawan tersebut kerana berani tampil memohon maaf atas kesilapannya. Mereka turut menyedari bahawa pengamal media juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan terutamanya, ketika bertugas.

Post a Comment